Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga maut selepas kereta hilang kawalan dan dirempuh bas

-

IPOH: Tiga maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas selepas tayar belakangny­a pecah dan sebuah bas ekspres yang gagal mengelak, telah melanggar kenderaan itu di KM307 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tiga mangsa yang maut menaiki kereta Toyota Vios dikenali sebagai Cheah Chui Yoong, 60 ( wanita); adik lelakinya, Cheah Yook Ching, 57, dan Yew Kim Nyuk, 53 ( isteri kepada Yook Ching).

Bryan Cheah Ern- Li, 24, yang merupakan pemandu dan bapanya iaitu penumpang sebelah pemandu, Cheah Chee Voon, 61, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kampar, katanya. ( Chee Voon merupakan abang kepada Chui Yoong dan Yook Ching).

“Pemandu serta 16 penumpang bas ekspres berkenaan berumur lingkungan 11 hingga 39 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan awal, kereta Toyoto Vios dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu telah mengalami tayar pecah di bahagian belakang kiri, lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kereta berkenaan berpusing beberapa kali dan masuk balikkelor­onglaju. Kemudian, bas ekspres yang datang dari arah belakang gagal mengelak, telah melanggar kereta itu menyebabka­n tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia