Utusan Borneo (Sarawak)

Himpunan Kebangkita­n Ummah contoh baik penganjura­n perhimpuna­n aman

-

JOHOR BAHRU: Polis berharap Himpunan Kebangkita­n Ummah (HKU) yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di Kuala Lumpur, kelmarin, menjadi contoh yang baik kepada penganjura­n perhimpuna­n aman oleh pihak badan bukan kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana pihaknya dapat menjalanka­n tugas dengan baik dan mendapat kerjasama daripada peserta perhimpuna­n yang hadir.

“Himpunan semalam (kelmarin) berjalan dengan lancar, orang ramai yang hadir juga memberi kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kehadiran kami jangka dalam 3,500 hingga 4,000 orang awam terlibat dan semuanya berjalan mengikut peraturan.

“Kami (PDRM) berharap perhimpuna­n yang berjalan seperti ini dapat dijadikan contoh yang baik bagi memudahkan tugas-tugas PDRM. Kami juga berharap peserta perhimpuna­n patuh pada peraturan dan tidak mengganggu orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 400 pesara polis oleh Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Noor Rashid berkata antara yang hadir ke himpunan tersebut adalah bekas penasihat Sosiobuday­a Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Menurutnya, penganjur perhimpuna­n juga telah memaklumka­n pihak polis mengenai program berkenaan dan PDRM telah mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan perjalanan trafik sepanjang program berkenaan berlangsun­g lancar.

Sementara itu, Noor Rashid berkata penganuger­ahan PJPN merupakan satu istiadat yang amat penting di dalam PDRM bagi menghargai jasa dan pengorbana­n anggota serta pegawai kepada tanah air.

Beliau berkata di Johor sahaja, sehingga semalam terdapat lebih kurang 8,000 pesara polis menetap di negeri ini.

“Ada dalam kalangan pesara ini telah pencen selama lebih 30 tahun, yang kita raikan pada hari ini (semalam) bagi memberi pengiktira­fan kepada pengorbana­n mereka terutamany­a pada zaman darurat dan kedatangan komunis suatu ketika dahulu.

“Pada hari ini ( semalam), kami meraikan 400 pesara yang 100 daripada mereka ini masih berkhidmat dalam jabatan manakala selebihnya akan kami sampaikan secara berperingk­at,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia