Utusan Borneo (Sarawak)

Taska di Kedah ambil langkah cegah HFMD

-

ALOR SETAR: Taska Sinar Nur Kasih, yang terletak di pekarangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ampang Jajar di sini mengambil langkah drastik dengan melakukan langkah- langkah pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Pengusaha taska berkenaan, Minarni Mohd Hussain berkata, walaupun Kedah tidak serius seperti Pulau Pinang, namun langkah pencegahan tetap diambil dan ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

Antaranya ialah dengan menutup sementara taska itu pada Isnin lepas untuk kerja- kerja pembersiha­n yang menggunaka­n cecair pembasmi kuman untuk mencuci kemudahan dan peralatan pembelajar­an yang disediakan di sini.

“Ini adalah inisiatif kita sendiri dan alhamdulil­lah ibu bapa semuanya faham wabak ini dan menyokong usaha kita dengan mereka hadir bersama kita dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk membantu pihak taska, kita juga mendapat kerjasama daripada tukang kebun MADA yang membersihk­an longkang dan lantai premis,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Minarni berkata, pihak taska juga sentiasa memeriksa tubuh badan bayi dan kanak-kanak yang dihantar oleh waris pada setiap pagi bagi mengesan jika terdapat simptom HFMD seperti ruam dan ulser di dalam mulut.

“Kita juga gunakan jangka suhu untuk menguji suhu badan mereka dan kita periksa dengan teliti di tapak tangan, tapak kaki dan mulut mereka, jika suhu melebihi 35 darjah Celsius kita akan maklumkan kepada ibu bapa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Seramai 30 kanak-kanak termasuk dua bayi berusia lapan bulan hingga empat tahun ditempatka­n di taska berkenaan setiap hari kecuali pada Jumaat dan Sabtu.

Minarni berkata, selain bayi dan kanak-kanak, pihak pengasuh juga diwajibkan mengguna pencuci tangan sebelum dan selepas bermain dengan mereka dan perkara sama dilakukan di dua cawanganny­a di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Anak Bukit, di sini dan sebuah lagi di Kepala Batas, Jitra.

Sementara itu waris kanakkanak, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata, pendekatan yang diambil pihak Taska Sinar Nur Kasih adalah langkah yang tepat memandangk­an HFMD ketika ini masih lagi menular dan membimbang­kan.

“Kami pihak waris kalau dipanggil untuk membantu pihak taska, kami sudi datang mencuci dan beri kerjasama penuh bagi sama-sama menjaga keselamata­n mereka kerana kita bimbang penyakit ini boleh berjangkit kepada orang lain dan membawa maut,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahka­n seorang kanakkanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak meninggal dunia kerana disyaki menghidap HFMD.

Ianya disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata penyebab kematian adalah disebabkan jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Lidah Sharifah Marissa Haziqah Syed Abdul Halim, 3, dari Taska Sinar Nur Kasih di Alor Setar diperiksa ekoran penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang menular di negara ini.
— Gambar Bernama PERIKSA: Lidah Sharifah Marissa Haziqah Syed Abdul Halim, 3, dari Taska Sinar Nur Kasih di Alor Setar diperiksa ekoran penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang menular di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia