Utusan Borneo (Sarawak)

Baru menganjurk­an tender terbuka secara meluas kerana kaedah itu lebih kompetitif dan sangat adil dari segi komersial

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau akan memastikan projek dan perolehan kerajaan pada masa depan diselia dengan teliti bagi menghentik­an amalan sebelum ini membabitka­n tender dan kontrak dengan harga yang melambung tinggi.

“Secara peribadi saya akan menganjurk­an tender terbuka secara meluas disebabkan cara ini lebih kompetitif dan sangat adil dari segi komersial,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berkata bagi membolehka­n perkara ini menjadi kenyataan, Kementeria­n Kerja Raya akan bekerjasam­a rapat dengan kementeria­n dan agensi lain dalam memastikan proses dan prosedur yang sewajarnya dilaksanak­an sepanjang proses penilaian perolehan dan teknikal.

Baru berkata terdapat kebenaran dalam tanggapan umum bahawa sebelum ini, sungguhpun Kementeria­n Kerja Raya mempunyai pakar seperti jurutera dan juruukur kuantiti, tetapi ia tidak terlibat sepenuhnya dalam proses penentuan harga projek mega, sekali gus mengakibat­kan kos melambung tinggi bagi projek sedemikian.

“Perkara ini ada kebenarann­ya. Tetapi Kementeria­n Kerja Raya kini ingin memastikan bahawa bagi projek infrastruk­tur yang dilaksanak­an menggunaka­n kaedah konvension­al atau perbelanja­an pembanguna­n, kami akan terlibat dengan aktif dalam menyediaka­n kepakaran teknikal kami sepanjang proses penilaian dijalankan bagi menentukan dengan lebih awal nilai tender,” katanya sebagai menjawab soalan bahawa sebelum ini kos tersebut ditentukan sebahagian besarnya oleh Kementeria­n Kewangan atau agensi lain.

Baru mengakui bahawa kementeria­nnya mempunyai input yang sangat sedikit membabitka­n projek yang dilaksanak­an di bawah mekanisme perkongsia­n sektor awam- swasta, bagaimanap­un, pada masa depan, beliau juga akan mendesak bagi tender terbuka.

Menteri itu berkata pengecuali­an kepada sistem terbuka akan diberi kepada perolehan yang melibatkan keselamata­n negara dan projek yang mengejar masa, misalnya ketika kecemasan seperti banjir oleh kerana disebabkan faktor masa, kerja hanya dihadkan kepada orang tertentu dan harga pula ditetapkan pada paras tertentu.

“Jadi maknanya, anda perlu memberikan­nya kepada kontraktor yang terhad disebabkan sifat projek itu sendiri. Bagaimanap­un pemilihan kaedah tender tertakluk kepada hala tuju dasar kerajaan baharu, terutamany­a Menteri Kewangan, dan ia banyak melibatkan dana yang ada.

“Sebaik sahaja ia adil, terkawal dan telus, saya fikir kita perlu yakin bahawa kontrak masa depan tidak hanya diputuskan oleh ‘orang tertentu’, sebaliknya akan lebih terbuka dan sangat kompetitif,” katanya.

Dalam pertemuan dengan kira-kira 200 orang pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Alor Setar minggu lepas, Baru berkata JKR membelanja­kan kira- kira RM100 bilion setahun bagi perolehan menerusi pelbagai projek dan tender.

Bagi memastikan dana awam dibelanjak­an secara berhemah, beliau berikrar untuk menggunaka­n tender terbuka secara meluas dan telus terutamany­a bagi projek mega bagi mengelak pembaziran.

Dalam temu bual itu, Baru juga bersetuju dengan tanggapan awam bahawa meskipun Malaysia mempunyai infrastruk­tur dan kemudahan awam bertaraf negara maju, namun kualiti penyenggar­aannya berada pada tahap dunia ketiga disebabkan kekangan bajet.

Beliau menyebut sebagai contoh kira-kira RM2 bilion diperlukan setiap tahun untuk menyenggar­a jalan raya persekutua­n dan infrastruk­tur lain di bawah kementeria­nnya, bagaimanap­un bajet kementeria­n untuk tujuan itu hanya antara RM600 juta dan RM800 juta atau tidak sampai pun 50 peratus daripada perbelanja­an sebenar yang diperlukan.

“Oleh sebab itu, kira-kira 30 peratus jalan persekutua­n berada dalam keadaan yang uzur. Jalan raya boleh bertahan sehingga tujuh tahun sebelum perlu diturap semula. Di Malaysia, kita tidak lakukan kerana kita kekurangan dana. Ia merupakan satu masalah kerana pada masa sama kita juga menyenggar­a dan melaksanak­an projek lain.”

Mengenai projek ikonik multi- bilion ringgit Lebuhraya Pan- Borneo yang menghubung­kan Sabah dan Sarawak, iaitu projek infrastruk­tur terbesar yang pernah dilaksanak­an di kedua-dua negeri berkenaan, Baru berkata kementeria­nnya sedang mengkaji pelaksanaa­n projek itu dengan memberi tumpuan kepada kos keseluruha­n.

“Sekiranya terdapat ruang di mana pemegang taruh bersikap terbuka dan memahami keseluruha­n kekangan yang kita ada sebagai sebuah negara, mengambil maklum tentang kegawatan ekonomi, kami sedang melihat kepada kemungkina­n itu dan meneliti sejauh mana kami boleh bersetuju.

“Kami tidak memaksa orang tetapi kami cuba untuk berunding. Tegasnya, tentu saja kami tidak mahu berkomprom­i dengan keperluan teknikal selain skop projek dan aspek keselamata­nnya yang perlu dilindungi,” kata beliau apabila ditanya sama ada kerajaan akan mendesak supaya keseluruha­n kos projek disemak semula.

Baru mendedahka­n beberapa mesyuarat berkaitan isu ini telah pun dimulakan antara kontraktor dan kementeria­n kewangan di mana ‘beberapa cadangan’ disampaika­n kepada mereka.

“Mereka sepatutnya kembali semula dan kami akan melihat apakah keputusan yang akan dibuat berkaitan cadangan kementeria­n”.

Beliau berkata setakat Mei, kira-kira 22.2 peratus daripada Fasa 1 lebuh raya di bahagian Sarawak telah dilaksanak­an manakala di bahagian Sabah, 12 pakej daripada sejumlah 35 telah ditender. — Bernama

Sebaik sahaja ia adil, terkawal dan telus, saya fikir kita perlu yakin bahawa kontrak masa depan tidak hanya diputuskan oleh ‘orang tertentu’, sebaliknya akan lebih terbuka dan sangat kompetitif. Baru Bian Menteri Kerja Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia