Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa hantar anak belajar di Singapura dinasihati berjaga-jaga berhubung HFMD

-

JOHOR BAHRU: Ibu bapa di negeri ini khususnya di bandar raya ini yang menghantar anak bersekolah di Singapura dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakka­n risiko penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata langkah itu termasuk mengelakka­n dari membawa anak pergi ke kawasan awam yang berisiko seperti pusat beli-belah, pasar dan taman permainan.

“Anak yang belajar atau berulang- alik setiap hari dari sana (Singapura), kita nasihatkan jaga kebersihan dan ikuti langkah pencegahan yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulangtahun Sekolah-Sekolah Foon Yew ke-105 di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai kejadian pertama seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Mukah, Sarawak yang meninggal dunia dipercayai dijangkiti HFMD kelmarin, Teo berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh sama ada kejadian itu berpunca di kawasan sekolah atau di kawasan awam.

Katanya, sekiranya dua kes disahkan di dalam kelas, kelas berkenaan akan ditutup untuk tempoh 14 hari seperti mana prosedur operasi standard (SOP) Kementeria­n Kesihatan.

“Penutupan sekolah atau kelas ini bergantung kepada arahan Kementeria­n Kesihatan, pada masa sama guru di sekolah juga diminta me- meriksa murid sekiranya ada simpton HFMD dan mereka akan dibawa terus ke klinik berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai, memberitah­u Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi keutamaan bantuan kepada sekolah daif yang paling kritikal secepat mungkin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Teo melambai tangan kepada murid-murid selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Sekolah-Sekolah Foon Yew Ke-105 di SJK (C) Foon Yew 3, Larkin semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Teo melambai tangan kepada murid-murid selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Sekolah-Sekolah Foon Yew Ke-105 di SJK (C) Foon Yew 3, Larkin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia