Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan beliau berdasarka­n hasil pertemuan dengan penyokong PAS ketika berkempen

-

KLANG: Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yakin sekurangku­rangnya 50 peratus ataupun 3,000 penyokong PAS di DUN itu akan mengundiny­a pada 4 Ogos ini.

Beliau menyuaraka­n keyakinan itu berdasarka­n hasil pertemuan dengan penyokong parti Islam berkenaan ketika berkempen di beberapa tempat seperti surau dan masjid di Sungai Kandis pada sebelah pagi, petang dan malam.

“Di DUN Sungai Kandis, lebih 7,000 orang mengundi ( calon) PAS pada pilihan raya umum lepas dan kita

Di DUN Sungai Kandis, lebih 7,000 orang mengundi (calon) PAS pada pilihan raya umum lepas dan kita sasar sekurang-kurangnya 50 peratus ataupun 3,000 daripada jumlah pengundi itu akan mengundi saya kali ini.

sasar sekurang- kurangnya 50 peratus ataupun 3,000 daripada jumlah pengundi itu akan mengundi saya kali ini,” katanya pada sidang media hari kesembilan kempen PRK itu di sini, semalam.

Mohd Zawawi berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pimpinan PAS agar anggota parti itu mengundi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam pada PRK itu.

Beliau berkata meskipun terdapat arahan daripada pimpinan PAS untuk mengundi calon pembangkan­g, namun mengikut sistem demokrasi, anggota parti itu mempunyai pilihan untuk mengundi calon yang wajar dan layak mewakili mereka.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi menepis dakwaan sesetengah pihak kelmarin kononnya beliau menggunaka­n kemudahan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun di sini untuk berkempen bagi PRK Sungai Kandis, sebaliknya calon PKR itu menjelaska­n beliau dijemput oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) sekolah itu untuk melepaskan acara ‘fun run’ di sekolah berkenaan.

“Saya diundang oleh pihak PIBG atas penghargaa­n saya merealisas­ikan pelbagai kemudahan di sekolah itu termasuk padang sekolah sewaktu saya menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan dan saya pun tidak langsung berucap pada program itu, sebaliknya hanya melepaskan acara larian,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis yang merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, diadakan berikutan kematian penyandang­nya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Dalam PRK itu, selain Lokman, Mohd Zawawi ditentang calon Bebas, K. Murthy. — Bernama

Mohd Zawawi Ahmad Mughni Calon PKR bagi PRK DUN Sungai Kandis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia