Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Azizah tepis dakwaan PH gagal laksana manifesto

-

KLANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis, kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas dan mempertaha­nkan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri secara sinis bertanyaka­n semula kepada BN tempoh Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutua­n berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbira­n kerajaan.

“Berapa hari kita (Pakatan Harapan) dalam kerajaan? Berapa lama BN dalam kerajaan? Itu saya tanya baliklah,” katanya kepada pem- berita selepas meluangkan masa menghadiri program pemeriksaa­n kesihatan per- cuma anjuran Hospital Pakar Al- Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama Biro Kesihatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan calon PKR untuk PRK Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos ini, bakal menyaksika­n Mohd Zawawi ditentang calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K. Murthy. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.

Sepanjang tempoh berkempen, BN mengambil kesempatan memainkan isu kononnya kerajaan Pakatan Harapan gagal melaksana manifesto PRU14 selain ‘ memomokkan’ pengundi dengan kegagalan kerajaan mempertaha­nkan hak orang Melayu dan Islam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, dilaporkan berkata kerajaan memerlukan masa lebih 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Beberapa janji Pakatan Harapan yang sudah dilaksanak­an adalah seperti mengeluark­an nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada senarai hitam serta memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ketika diminta mengulas mengenai keputusan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti bulan depan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR, ringkas menjawab: “Kita ada hak demokrasi.”

Beliau dalam pada itu turut berkongsi keadaan kesihatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas baru-baru ini.

“Saya baharu balik dari Singapura menziarahi Tan Sri Muhyiddin dan Alhamdulil­lah, saya nampak beliau semakin kuat selepas pembedahan. Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada semua yang telah mendoakan agar beliau cepat pulih,” katanya.

Dr Mahathir kini menjalanka­n tugas Menteri Dalam Negeri sementara ketiadaan Muhyiddin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMERIKSAA­N KESIHATAN:Wan Azizah memeriksa mata calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) yang turut membuat pemeriksaa­n kesihatan pada Program Pemeriksaa­n Kesihatan Percuma anjuran Hospital Pakar...
— Gambar Bernama PEMERIKSAA­N KESIHATAN:Wan Azizah memeriksa mata calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N49 DUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kanan) yang turut membuat pemeriksaa­n kesihatan pada Program Pemeriksaa­n Kesihatan Percuma anjuran Hospital Pakar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia