Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Melaka sokong penuh gandingan Anwar-Azmin

-

MELAKA: PKR Melaka menyokong penuh gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada Ogos ini, kata Pengerusin­ya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul yang juga Naib Presiden PKR berkata pengalaman luas kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu bakal memberikan ‘nilai tambah yang tinggi’ kepada PKR yang merupakan parti terkuat kerajaan.

“Mereka diperlukan untuk mengisi kemenangan dan seterusnya melaksanak­an agenda reformasi sebagai asas kepada pembentuka­n dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila Anwar sudah mengambil alih tampuk pemerintah­an negara daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Masanya sudah tiba untuk Anwar memimpin parti sebagai Presiden dan beliau sebagai Bapa Reformasi perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya. Gandingan Anwar dan Azmin pasti akan digeruni oleh pihak pembangkan­g dengan ketumbukan padu ini,” katanya pada sidang media berhubung pemilihan PKR peringkat negeri Melaka 2018 dan Pencalonan Bagi Jawatankua­sa Pusat Parti di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menawarkan diri bertanding sebagai calon presiden parti itu pada pemilihan parti kali ini, namun sehingga kini, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR masih berteka-teki berhubung pendiriann­ya untuk jawatan sama atau Presiden PKR.

Untuk rekod, baru-baru ini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahka­n akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR Ogos ini.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri bertanding bagi merebut jawatan Ketua PKR Cabang Jasin manakala Timbalan Ketua PKR Cabang Jasin, Azmi Khamis akan bertanding jawatan sama.

Sementara itu, beliau berkata berdasarka­n rekod jawatankua­sa pemilihan parti (JPP), PKR Melaka mencatatka­n penjualan sebanyak 490 borang pencalonan di enam cabang membabitka­n Jasin, Alor Gajah, Bukit Katil, Kota Melaka, Tangga Batu dan Masjid Tanah.

“Ini menunjukka­n kesedaran tinggi dalam kalangan anggota dan kepimpinan di peringkat akar umbi apabila mereka menawarkan khidmat sebagai pimpinan cabang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Shamsul yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, pihaknya masih berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi tujuan penukaran nama Bukit Katil kepada Hang Tuah Jaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia