Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM jangka lebih ramai ahli UMNO keluar parti

-

MACHANG: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjangka lebih ramai ahli UMNO akan keluar dari parti itu dan menyertai Bersatu.

Mukhriz berkata ia berikutan ahli UMNO kini telah hilang keyakinan terhadap parti berkenaan terutama selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

“Pada masa yang sama saya tengok UMNO kini terdesak dan melakukan pelbagai perkara untuk menghalang ahli mereka berhijrah menyertai parti lain walhal mereka tidak lagi berkuasa di peringkat negeri ataupun persekutua­n,” katanya pada Program HIJRAH 2.0 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Penerangan Bersatu merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor dan timbalanny­a, Datuk Sazmi Miah.

Terdahulu, Mukhriz menerima borang deklarasi keluar UMNO daripada 500 pemimpin akar umbi parti itu yang diketuai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku Datuk Mohd Zain Ismail.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata masih ada ramai ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara namun ditakut-takutkan oleh pemimpin parti itu supaya tidak melompat parti.

“Orang yang ikhlas berjuang (untuk agama, bangsa dan negara) ramai lagi berada dalam UMNO tapi agaknya mereka terpengaru­h dengan dakyah dalaman kerana mereka dimomokkan dengan segala apa yang kami dedahkan adalah fitnah dan tohmahan semata-mata.

“Jadi mereka tak tergerak untuk buat keputusan awal (menyertai BERSATU) tapi lepas tu mereka dah sedar terutama selepas pendedahan di mahkamah mengenai penyelewen­gan yang dilakukan (bekas Presiden UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Ditanya adakah BERSATU akan menjadi UMNO 2.0 berikutan penghijrah­an beramai-ramai ahli UMNO ke dalam parti itu ketika ini, Mukhriz berkata pihaknya akan mengadakan tapisan terhadap ahli UMNO yang berhasrat menyertai parti itu.

“Adalah tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO yang berhasrat untuk menyertai BERSATU tapi kalau kita rasa tak sesuai kita akan tolak permohonan mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEKLARASI: Mukhriz (tiga kiri) menerima borang deklarasi keluar UMNO sebanyak 500 orang daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO N16 Bukit Tunku Datuk Mohd Zain Ismail (dua kanan) ketika merasmikan Program Hijrah 2.0 di Dewan Pertubuhan...
— Gambar Bernama DEKLARASI: Mukhriz (tiga kiri) menerima borang deklarasi keluar UMNO sebanyak 500 orang daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO N16 Bukit Tunku Datuk Mohd Zain Ismail (dua kanan) ketika merasmikan Program Hijrah 2.0 di Dewan Pertubuhan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia