Utusan Borneo (Sarawak)

TPM lawat pusat pemulihan dadah Darussolih­in

-

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa melawat Pusat Pemulihan Dadah Persendiri­an Darussolih­in di Kampung Jalan Kebun di sini, semalam.

Lawatan kira-kira setengah jam itu bertujuan melihat sendiri operasi pusat pemulihan berkenaan serta menziarahi pelatih serta guru di tempat tersebut.

Turut mengiringi dalam lawatan berkenaan adalah Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek dan calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Hadir sama pengasas merangkap Mudir pusat pemulihan itu, Hairul Mohit dan wardennya, Mohd Ridzuan Samsudin.

Pusat pemulihan yang ditubuhkan pada 2007 itu beroperasi bagi membantu penagih dadah keluar daripada masalah hidup mereka dengan menekankan konsep mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

Setakat ini, pusat pemulihanb­erkenaanme­nempatkan 76 pelatih yang kesemuanya lelaki berumur seawal 12 hingga 65 tahun.

Dalam ucapan ringkasnya kepada para pelatih tersebut, Dr Wan Azizah mengingatk­an mereka supaya tidak mensia- siakan masa dan memanfaatk­an segala ilmu yang diperoleh sepanjang berada di pusat pemulihan berkenaan demi kehidupan lebih sempurna pada masa depan.

“Masa yang ada ini penting untuk dimanfaatk­an supaya hidup lebih bermakna. Semoga segala usaha (memulihkan diri daripada dadah) mendapat ganjaran. Jangan putus harapan dan jangan putus asa dengan rahmat Allah,” katanya.

Beliau kemudian menghadiri majlis selawat dan cukur jambul anjuran pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) Darul Wardah dan NGO Amani di Masjid An-Naim, kira-kira 100 meter daripada pusat pemulihan tersebut.

Pada majlis berkenaan, Dr Wan Azizah mengambil kesempatan berselawat bersama kira-kira 50 golongan ibu yang baru menimang cahaya mata dan menyertai majlis cukur jambul melibatkan 13 bayi berumur bawah setahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia