Utusan Borneo (Sarawak)

Emery yakin melalui persembaha­n pemain itu pada perlawanan persahabat­an pramusim menentang PSG

-

SINGAPURA: Mesut Ozil bakal diberikan tugas sebagai kapten pasukan Arsenal pada musim baharu selepas mengenepik­an perbalahan dengan badan induk bola sepak Jerman untuk membantu Arsenal menewaskan Paris Saint Germain (PSG) 5-1 pada perlawanan persahabat­an pramusim Sabtu lepas.

Ozil, bermain buat kali pertama sejak bersara secara mengejut dari bola sepak Jerman ekoran dakwaan perkauman, diberikan tugas sebagai kapten pasukan dan membuka jaringan untuk Arsenal.

Dua gol pantas Alexandre L a c a - zette

Kami melihat untuk memberikan Mesut tanggungja­wab (sebagai kapten) dan saya fikir beliau boleh melaksana peranan itu. Unai Emery Pengurus Arsenal

d a n gol lewat Rob Holding dan Eddie Nketiah melengkapk­an kemenangan bergaya ke atas skuad muda PSG – yang pernah dibimbing pengurus semasa Arsenal, Unai Emery.

“Kami melihat untuk memberikan Mesut tanggungja­wab (sebagai kapten) dan saya fikir beliau boleh melaksana tanggungja­wab itu,” kata Emery sambil menambah beliau akan menamakan Ozil sebagai salah seorang dari lima atau mungkin enam kapten pasukan untuk musim baharu. “Beliau dan pemain lain mempunyai kualiti, memiliki posisi dalam padang dengan baik dan saya berasa gembira dengan pemain yang beraksi hari ini. Esok kami akan kembali ke London tetapi minggu ini adalah persediaan yang baik untuk kami,” kata pengurus dari Sepanyol itu. Ozil, di hadapan 50,000 peminat pada kejohanan mini pramusim PialaJuara­Antarabang­sadisini, dengan pantas menyesuaik­an diri berganding­an dengan Henrikh Mkhitaryan di bahagian tengah menentang skuad PSG yang ketiadaan pemain bintang yang beraksi di Piala Dunia 2018.

Beliau membuka jaringan dari hantaran lintang PierreEmer­ick Aubameyang sebelum hampir mengumpan gol kedua tetapi cubaan Alex Iwobi ditepis penjaga gol PSG, Gianluigi Buffon.

Buffon kemudian menepis cubaan Aubameyang dan Mkhitaryan sementara cubaan Timothy Weah dan Christophe Nkunku sedikit tersasar buat PSG.

Selepas rehat, tendangan percuma Nkunku ditepis penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez sebelum Weah dikasari dalam kotak penalti, membolehka­n Nkunku mengikat kedudukan buat PSG pada minit ke-59.

Namun Lacazette meletakkan Arsenal kembali di hadapan dengan dua gol dalam tempoh empat minit sebelum Holding menambah jaringan keempat pada minit ke-87 dan Nketiah melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? OZIL PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an pramusim di antara Arsenal dan PSG yang berlangsun­g di Stadium Kebangsaan Singapura.
— Gambar Reuters OZIL PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an pramusim di antara Arsenal dan PSG yang berlangsun­g di Stadium Kebangsaan Singapura.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia