Utusan Borneo (Sarawak)

Caballero selamatkan Chelsea

-

NICE, Perancis: Chelsea menewaskan Inter Milan 5- 4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas penjaga golnya, Willy Caballero menyelamat tendangan Milan Skriniar pada perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa di sini Sabtu lepas.

Pedro membuka jaringan dari satu bola muntah seawal minit kelapan perlawanan buat Chelsea selepas penjaga gol Inter, Samir Handanovic gagal menangkap kemas cubaan Alvaro Morata.

Ia adalah gol kedua dari beberapa perlawanan buat Pedro, yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-31 beliau pada hari yang sama selepas menjaringk­an gol kemenangan ketika menewaskan Perth Glory 1-0 di Australia awal minggu ini.

Inter mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi gol Roberto Gagliardin­i.

Pemain baharu Chelsea, Jorginho hampir menjaringk­an gol kemenangan tetapi rembatan lencong beliau ditepis Handanovic sebelum Tammy Abraham juga gagal menyempurn­akan satu umpanan Emerson.

Lautaro Martinez, yang menyertai Inter dari Racing Club pada bulan Julai, juga hampir menjaringk­an gol kemenangan buat Inter tetapi rembatan beliau ditepis Caballero.

Caballero, yang digugurkan di Piala Dunia 2018 selepas Argentina tewas 0-3 kepada Croatia di pusingan pertama, menyelamat­kan tendangan penalti Skriniar sebelum Cesar Azpilicuet­a menjaringk­an gol kemenangan.

Chelsea akan menentang Arsenal di Dublin Rabu ini sebelum menamatkan kempen pramusim menentang Lyon pada 7 Ogos, dua hari sebelum menentang Manchester City pada perlawanan Piala Perisai Komuniti, perlawanan pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris 2018/2019. — AFP LONDON, England: Aksi memberangs­angkan pemain pertahanan tengah England, Harry Maguire di Piala Dunia 2018 telah menjadikan beliau sasaran utama pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menurut laporan media British Sabtu lepas.

Pemain berusia 25 tahun itu juga dipercayai mahukan satu perpindaha­n walaupun pemilik kelab semasa beliau, Leicester City, keberatan untuk menjual selepas kehilangan seorang lagi bintang, Riyad Mahrez, yang berpindah ke Manchester City bulan lepas.

Maguire, yang beraksi cemerlang berganding­an bersama John Stones ketika England melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia di Rusia, akan bernilai sekitar 65 juta pound dengan sebahagian wang itu diperolehi dari penjualan Marcos Rojo – yang diletakkan pada nilai 30 juta pound dan juga Matteo Darmian, menurut laporan akhbar Daily Mirror.

Rojo menarik perhatian dari kelab pendatang baharu Liga Perdana, Wolverhamp­ton Wandereres sementara Darmian diburu oleh dua kelab dari Milan, Inter dan AC.

Menurut akhbar Daily Mail, Rojo, 28, yang dibeli dengan nilai 16 juta dari Sporting Lisbon pada 2014 – sudah dikeluarka­n dari program pemasaran jenama kelab untuk musim baharu.

Akhbar The Sun pula melaporkan peluang Maguire berpindah ke United mungkin bergantung kepada sama ada Leicester berjaya membeli kapten Newcastle, Jamaal Lascelles atau tidak dengan kelab membuat bidaan bernilai 35 juta pound untuk pemain yang dipilih sebagai pemain kegemaran Newcastle musim lepas.

Maguire, yang bermain setiap perlawanan untuk Leicester pada musim lepas setelah perpindaha­n dari Hull City bukan sahaja menyerlah di Piala Dunia tetapi juga menjaringk­an gol pertamanya bersama England ketika menewaskan Sweden 2-0.

Pasaran perpindaha­n pemain di England akan ditutup pada 9 Ogos dan United akan menentang Leicester pada perlawanan pembukaan musim mereka pada 10 Ogos. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEPUTUSAN TEPAT: Caballero menyelamat­kan gawangnya daripada tendangan penalti Skriniar pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Chelsea dan Inter Milan di Perancis.
— Gambar Reuters KEPUTUSAN TEPAT: Caballero menyelamat­kan gawangnya daripada tendangan penalti Skriniar pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Chelsea dan Inter Milan di Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia