Utusan Borneo (Sarawak)

Shaqiri tampil aksi memukau ketika Liverpool benam Man Utd 4-1

-

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS): Liverpool menjaringk­an tiga gol dalam separuh masa kedua ketika melengkapk­an jelajah pramusim ke AS dengan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Manchester United di Stadium Michigan di sini Sabtu lepas.

Xherdan Shaqiri meraikan penampilan sulung bersama Liverpool dengan satu jaringan akrobatik pada perlawanan kejohanan mini pramusim Piala Juara Antarabang­sa di hadapan 101,000 penonton.

Shaqiri adalah salah seorang dari lima pemain berprofil tinggi Liverpool pada musim panas ini dari sejumlah 200 juta pound keseluruha­n yang dibelanjak­an oleh kelab untuk meningkatk­an cabaran saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim baharu.

Ia adalah cara yang menarik untuk Liverpool menamatkan jelajah pramusim di AS dengan kemenangan memberangs­angkan sebelum kembali ke Liverpool dan kemudian meneruskan latihan pramusim seterusnya di Perancis.

Sadio Mane menyempurn­akan satu tendangan penalti untuk membuka jaringan pada minit ke- Liverpool tetapi Manchester United mengikat kedudukan dari satu tendangan percuma Andreas Pereira pada minit ke-31.

Liverpool bagaimanap­un menguasai permainan selepas rehat bermula dengan gol Daniel Sturridge pada minit ke- 66 untuk meletakkan Liverpool kembali di hadapan dari umpanan cantik Shaqiri, yang menewaskan seorang pemain p e r t a h a n a n United sebelum m e l a k u k a n hantaran. Sheyi Ojo menjaringk­an gol ketiga dari satu lagi tendangan penalti pada minit ke74 sebelum Shaqiri melengkapk­an aksi cemerlang beliau dengan j a r - ingan akrobatik lapan minit kemudian. Dalam pada itu, Mourinho juga mengesahka­n bintang tengahnya, Nemanja Matic tidak akan beraksi pada perlawanan awal musim kerana kecederaan. Pemain antarabang­sa Serbia itu mengalami kecederaan ketika beraksi di Piala Dunia 2018 dan sudah menjalani pembedahan di Philadelph­ia, kata Mourinho tanpa mengulas lanjut. “Beliau tidak akan beraksi di awal musim,” kata beliau kepada laman sesawang rasmi United. “Beliau pulang dari Piala Dunia dengan kecederaan dan masa yang beliau ada untuk berehat tidak mencukupi (untuk penampilan pertama musim baharu). Saya tidak tahu berapa lama beliau perlu berehat.” K e t i a d a a n membantu pertahanan United mungkin antara punca kekalahan teruk Sabtu lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERGAYA: Shaqiri menjaringk­an gol melalui tendangan akrobatik pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Michigan.
— Gambar AFP BERGAYA: Shaqiri menjaringk­an gol melalui tendangan akrobatik pada aksi perlawanan persahabat­an di antara Manchester United dan Liverpool di Stadium Michigan.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia