Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A nantikan penampilan Ronaldo

-

ROM, Itali: Cristiano Ronaldo akan memulakan penampilan rasmi bersama Juventus dalam aksi Serie A Itali menentang Chievo ketika kelabnya memburu satu rekod kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut.

Jadual perlawanan untuk musim baharu 2018/2019 telah diumumkan Khamis lepas dengan semua perhatian diberikan kepada bintang antarabang­sa Portugal itu, yang dibeli dengan yuran perpindaha­n 100 juta euro dari Real Madrid awal bulan ini dan bila beliau akan memulakan “pengembara­an baharu” di Itali.

Juventus menjadi pilihan utama untuk mengekalka­n kejuaraan dan penguasaan dalam kempen domestik musim baharu ini ekoran kehadiran Ronaldo, dengan kelab besar lain kelihatan dalam tempoh perubahan.

Napoli, yang menamatkan saingan liga empat mata di belakang Juventus musim lepas, mengharung­i perubahan dengan melantik jurulatih baharu, Carlo Ancelotti selepas Maurizio Sarri berpindah ke Chelsea.

Ancelotti akan memulakan perlawanan kompetetif pertama dengan kunjungan ke Lazio, yang merupakan penjaring terbanyak liga musim lepas dengan 89 gol dan hanya gagal layak ke Liga Juara-Juara pada hari terakhir liga selepas tewas kepada Inter Milan.

Selepas itu, Napoli akan ke AC Milan, yang juga dalam proses pembinaan semula selepas diambil alih oleh syarikat dana kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Elliott Management awal bulan ini.

Lazio akan menanti kunjungan Juventus pada minggu kedua untuk ujian sebenar Ronaldo dan perlawanan kedua sukar buat jurulatih Simone Inzaghi.

Roma, yang akan memulakan musim di Torino, membeli 11 pemain baharu selepas menamatkan saingan di tempat ketiga dan melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas tetapi keraguan tetap timbul selepas kelab menjual pemain kegemaran peminat, Radja Nainggolan ke Inter Milan dan juga penjaga gol Alisson ke Liverpool.

Dengan kelayakan ke Eropah dan pembelian Nainggolan, Inter bagaimanap­un tidak dijangka mampu mencabar Juventus untuk kejuaraan liga.

Tetapi Juventus, yang dibimbing Massimilia­no Allegri itu, tidak akan mengharung­i laluan mudah selepas seri pada dua perlawanan di Inter dan Roma di minggu-minggu akhir musim. — AFP

 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia