Utusan Borneo (Sarawak)

Pingat Piala Dunia dan kejuaraan EPL bersama City pemangkin Mendy

-

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Benjamin Mendy bersedia untuk menebus kekecewaan di Manchester City dan menambah koleksi kejuaraan.

Kecederaan lutut memaksa pemain berusia 24 tahun itu berehat selama tujuh bulan musim lepas tetapi selepas hanya membuat 11 penampilan sepanjang musim, beliau menamatkan musim panas dengan kejuaraan Piala Dunia 2018 bersama Perancis dan Liga Perdana Inggeris bersama Man City.

Mendy bermain selama 40 minit untuk Perancis di pusingan pertama menentang Denmark dan beraksi cukup perlawanan untuk memenangi pingat kejuaraan di City dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pingat Piala Dunia 2018 beliau masih sentiasa dibawa sejak menerimany­a di Moscow.

“Saya mempunyain­ya dalam poket saya,” kata Mendy kepada wartawan di Miami sebelum perlawanan pramusim pasukannya minggu lalu.

“Sebelum Piala Dunia, saya berkata dalam bilik persalinan, ‘jika saya menang, saya akan pulang dengan pingat’.

“Pingat ini adalah kulit saya sekarang. Untuk empat tahun ia adalah kulit saya. Dalam empat tahun, kami akan mempunyai Piala Dunia baharu dan sekarang kami adalah raja bola sepak.

“Sebelum pergi, semua orang bercakap tentang negara mereka. Saya berkata anda akan melihat Perancis menang tetapi ada pemain berkata tidak.

“Selepas kami bermain, kami bercakap tetapi setiap kali dengan rasa hormat. Apabila kami menang ke atas Argentina, saya bercakap kepada Kun (Aguero, rakan sepasukan di City) selepas perlawanan dengan teks.

“Apabila England menang perlawanan suku akhir mereka, saya bercakap dengan Raz ( Raheem Sterling) dan Kyle (Walker). Jadi apabila saya kembali, saya tidak akan berasa megah dengan berkata ’waahhhh!!!” saya berkata hi dan kami berbual.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia