Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola harap kecederaan Mahrez tidak serius untuk memulakan aksi perlawanan awal musim

-

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Manchester City menamatkan jelajah pramusim di AS dengan kemenangan 3-2 ke atas Bayern Munich tetapi perlawanan itu dicemari dengan kecederaan pemain baharunya, Riyad Mahrez Sabtu lepas.

Dua gol dari pemain gantian, Bernardo Silva membantu City bangkit dari ketinggala­n 0- 2 dengan Lukas Nmecha penjaring gol lain.

Mahrez bagaimanap­un kelihatan mengalami kecederaan buku lali sebelum dikeluarka­n seawal minit ke-27.

Dengan perlawanan pembukaan rasmi Liga Perdana Inggeris menerusi Piala Perisai Komuniti Ahad ini menentang Chelsea di Wembley, Guardiola akan menilai tahap kecergasan pemain sebelum membuat perancanga­n selanjutny­a dengan skuad City terus kembali ke Manchester selepas perlawanan.

City memulakan kejohanan minit pramusim ini dengan kekalahan kepada Borussia Dortmund dan Liverpool, dengan Guardiola memilih menurunkan pemain yang sama – lapan pemain dalam kesebelasa­n di sini beraksi dalam semua tiga perlawanan.

“Kami menganalis­a kesilapan kami pada perlawanan sebelumnya dan melakukan yang lebih baik pada perlawanan menentang Bayern Munich,” kata Guardiola.

Bintang utama Bayern, Arjen Robben dan Franck Ribery beraksi cemerlang tetapi dengan Mahrez mempunyai banyak ruang di bahagian tengah ketika City menguasai awal permainan dan seharusnya dapat membuka jaringan.

Nmecha mempunyai peluang tetapi rembatanny­a terkena palang dan kegagalan itu membawa padah apabila Bayern membuka jaringan pada minit ke-14 dari gol Meritan Shabani.

Bayern semakin selesa dan gol kedua menyusul pada minit ke23 apabila Robben mengumpan bola kepada Ribery sebelum menewaskan Claudio Bravo.

Keadaan semakin buruk buat City apabila Mahrez terpaksa dikeluarka­n.

Pemain Bayern kelihatan keletihan selepas rehat dan skuad muda City ternyata memiliki lebih banyak tenaga untuk melakukan asakan demi asakan dengan Nmecha menyempurn­akan bola muntah untuk mengikat kedudukan.

Silva melengkapk­an jaringan ketika berbaki 20 minit permainan dari satu umpanan Adrian Bernabe. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Bravo menangkap bola hasil dari percubaan pemain Bayern pada aksi perlawanan persahabat­an pramusim di antara Manchester City dan Bayern Munich di Stadium Hard Rock, Miami Florida.
— Gambar AFP TANGKAS: Bravo menangkap bola hasil dari percubaan pemain Bayern pada aksi perlawanan persahabat­an pramusim di antara Manchester City dan Bayern Munich di Stadium Hard Rock, Miami Florida.
 ?? — Gambar AFP ?? MAJU SELANGKAH: Isner beraksi menentang Ebden pada perlawanan separuh akhir Terbuka Atalanta di Atalanta, Georgia.
— Gambar AFP MAJU SELANGKAH: Isner beraksi menentang Ebden pada perlawanan separuh akhir Terbuka Atalanta di Atalanta, Georgia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia