Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Liga Betong, Piala TKM1

-

SIBU: Karnival Sukan Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan RANDO (Kelab Sukan Pejabat Residen dan Daerah) 2018 yang menutup tirainya di sebuah hotel terkemuka di sini semalam, mengangkat kontinjen JKM Sarawak selaku juara keseluruha­n pada acara dwitahunan berkenaan.

Karnival sukan ini disertai 13 kontinjen daripada 12 Pejabat Residen dan Daerah di seluruh Sarawak dan JKM.

Seramai 560 peserta mengambil bahagian dalam empat sukan yang dipertandi­ngkan iaitu badminton, pingpong, bola jaring dan futsal termasuk satu sukan pilihan iaitu boling.

Bagi acara badminton, kontinjen Limbang muncul juara, diikuti naib juara JKM dan ketiga disandang kontinjen Samarahan.

Acara pingpong menyaksika­n JKM muncul juara, naib juara Limbang dan tempat ketiga dimenangi Kuching.

Juara acara futsal kekal menjadi milik Mukah manakala naib juara disandang JKM dan tempat ketiga diraih kontinjen Limbang.

Diikuti juara acara bola jaring disandang JKM, naib juara Kapit dan ketiga menjadi milik kontinjen Miri.

Bagi acara boling, kategori lelaki menyaksika­n JKM muncul juara diikuti Sibu dan Samarahan manakala kategori wanita tempat pertama JKM, tempat kedua Mukah dan Sibu di tempat ketiga.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Terdahulu dalam ucapan perasmian penutupan, Morshidi berkata sukan adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengeratka­n silatura- him, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kedudukan dan tempat bertugas.

“Melalui sukan seperti ini, kita juga dapat menyemarak­kan lagi budaya bersukan dalam kalangan warga penjawat awam negeri demi memperting­katkan kesihatan penjawat awam,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut merakam ucapan takziah kepada dua peserta Rando yang meninggal dunia iaitu mendiang Galambong Awan, 46, dan Udin Masli, 62. BETONG: Badan induk Persatuan Bolasepak Bahagian Betong (BDFA) membuka penyertaan untuk menyertai pertanding­an bola sepak Liga Betong dan Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) 2018 yang telah dirancang untuk sepak mula pada 18 Ogos 2018.

Presiden BDFA Nelson Kloni Kanang memberitah­u, kejohanan tersebut terbuka untuk penyertaan mana-mana pasukan di negeri Sarawak yang ingin mendaftar untuk bermain dalam Liga Betong.

“Kita bersetuju membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja untuk bermain dalam Liga Betong dengan syarat wajib berdaftar untuk bahagian Betong pada kejohanan peringkat negeri Sarawak dan merujuk syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

“BDFA telah berbincang dan merangka syarat merujuk ketetapan badan induk kami dan tidak membelakan­gi FAS bagi memberi persaingan yang lebih terbuka dan mantap dalam kancah liga bola sepak tempatan.

“Penyertaan adalah dialu-alukan dan menetapkan 10 pasukan terawal yang mendaftar dan disertakan dengan yuran kemasukan akan disenaraik­an.

“Bagi pasukan yang telah menempah slot untuk menyertai tanpa disertakan yuran bukan bermakna sah menyertai kerana mana-mana pasukan yang disertakan yuran baharulah dikira sah bertanding dalam liga.

“Penyertaan mula dibuka mulai 1 Ogos manakala tarikh tutup penyertaan pula pada 9 Ogos. Sepak mula liga akan dilangsung­kan pada 18 Ogos ini.

“Kita juga menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM1,000 dan disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM300 bagi sebuah pasukan.

“Dalam pada itu, bagi merancakka­n saingan, mereka boleh membuat pertukaran pemain setelah jendela perpindaha­n dibuka dengan mengehadka­n lima orang bagi setiap pasukan sepanjang liga dan piala TKM1 dengan bayaran RM200 untuk seorang pemain,” katanya.

Penganjur juga menetapkan hadiah untuk Liga Betong di mana untuk juara liga bakal menerima wang tunai berjumlah RM2,000 berserta Piala Liga, piala iringan dan pingat.

Manakala bagi naib juara akan menerima wang tunai RM1,000, piala iringan dan pingat.

Sementara itu hadiah untuk pasukan yang layak beraksi ke Piala Timbalan Ketua Menteri 1 pula ialah, bagi juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Untuk naib juara pula, menerima hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala iringan dan pingat.

Sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Azmi Abdullah di talian 0198872676 dan Saiful Hanizam Suhaini(Setiausaha) di talian 0135781440.

 ??  ?? TAHNIAH: Morshidi menyerahka­n piala juara keseluruha­n kepada kontinjen JKM Sarawak.
TAHNIAH: Morshidi menyerahka­n piala juara keseluruha­n kepada kontinjen JKM Sarawak.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kloni bergambar bersama exconya.
UNTUK ALBUM: Kloni bergambar bersama exconya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia