Utusan Borneo (Sarawak)

150 pemain menyertai Kejohanan Tenis Jemputan PTBS

-

KUCHING: Seramai 150 pemain daripada 10 pasukan termasuk dua dari Semenanjun­g Malaysia mengambil bahagian dalam Kejohanan Tenis Jemputan sempena Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) yang diadakan di Kompleks Tenis Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor di Jalan Demak di sini baru-baru ini.

Pasukan dari Semenanjun­g Malaysia diwakili Mobile Coach KL (Kuala Lumpur) dan AMG manakala pasukan tempatan dibarisi PTBS A, PTBS B, Limbang, Kota Samarahan, Sibu, Miri, MASAK-Greensport­s dan Sarawak Club.

Beregu wanita menyaksika­n pasukan Mobile Coach KL merangkul gelaran juara selepas menewaskan PTBS A pada aksi final kejohanan itu.

Dengan kejuaraan itu, Mo- bile Coach KL membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta piala kejohanan.

Manakala naib juara meraih wang tunai RM3,000 serta piala iringan.

Sementara itu, kumpulan MASAK-Greensport­s berjaya menewaskan AMG untuk meraih tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala tempat keempat meraih RM1,000.

Hadiah disampaika­n Timbapan Presiden PTBS Sapie Hanafi yang turut ditemani Setiausaha Faisal Affendie, Bendahari Ruslan Bujang, Pengarah Kejohanan Ismail Abdullah dan Penyelaras Acara Muhd Syam Mohd Ehsan.

Ekoran sambutan yang memberangk­an, persatuan memutuskan untuk menjadikan kejohanan itu sebagai aktiviti tahunan.

 ??  ?? TAHNIAH: Sapie (tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam gambar bersama pemenang.
TAHNIAH: Sapie (tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam gambar bersama pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia