Utusan Borneo (Sarawak)

20 pensyarah, pengetua, guru besar hadiri program GreEL

-

PARA petani digesa mengamalka­n kaedah yang mampan dipanggil ‘System of Rice Intensific­ation’ (SRI), yang dijangka akan meningkatk­an hasil sehingga tiga kali ganda dan pada masa sama memelihara alam sekitar.

SRI yang diperkenal­kan di Madagascar pada awal 1980-an telah diterima pakai oleh pertani di lebih daripada 70 negara termasuk di rantau ASEAN, kata Kapten (B) Zakaria Kamantasha yang menjalanka­n ‘SRI Lovely Farm’ di Kedah.

Beliau berkata demikian semasa sesi latihan SRI untuk penduduk Long Langai di Ba’Kelalan baru-baru ini, menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Bagaimanap­un, kata Zakaria, sebahagian petani di Malaysia hanya mula mengamalka­n kaedah SRI pada t2010 kerana majoriti tidak menerima kaedah tersebut termasuk beberapa agensi kerajaan.

Zakaria yang merupakan perintis SRI di Malaysia dan pelatih SRI di rantau ASEAN berkata, petani adalah orang penting kerana menyediaka­n makanan untuk keluarga mereka dan orang lain.

“Justeru, adalah penting untuk mempunyai petani yang baik dan beretika yang menghasilk­an makanan yang selamat dan sihat untuk rakyat dengan menggunaka­n kaedah yang mampan dan organik seperti SRI sebagai jalan ke hadapan.

“Malah, kaedah ini turut membantu dalam memelihara alam sekitar,” katanya.

WWF-Malaysia mengadakan sesi latihan SRI selama dua hari pada 11 dan 12 Jun lalu.

Aktiviti ini dilakukan di bawah projek bertajuk ‘Melindungi Sungai dan Meningkatk­an KehidupanB­a’Kelalan dan Long Semadoh, Sarawak’ yang disokong CIMB Islamic Bank dari 2017 hingga 2019.

Sesi latihan itu bertujuan memperkena­lkan konsep SRI kepada petani di Long Langai dan mendidik mereka tentang bagaimana membuat tanaman tumbuhan organik.

Program itu turut disokong wakil dari Langit. Aco dan Bulan, tiga perusahaan sosial yang menyokong inisiatif komuniti di Ba’Kelalan dan Long Semadoh. SARAWAK Energy Berhad (SEB) baru-baru ini menjadi hos kepada 20 pensyarah, pengetua dan guru besar dari seluruh negeri sebagai sebahagian daripada program ‘From Great To Excellent Leaders’ (GreEL) Kementeria­n Pendidikan yang dikendalik­an Institut Aminuddin Baki (IAB).

Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmat­an Korporat SEB Aishah Eden dalam ucapan aluannya mengucapka­n terima kasih kepada IAB kerana memilih SEB sebagai rakan korporat untuk mengendali­kan program itu.

Beliau berkongsi tentang transforma­si SEB daripada sebuah syarikat utiliti tradisiona­l kepada syarikat korporat yang moden dan tangkas dengan memberi khidmat kepada 650,000 pelanggan yang terdiri daripada pelanggan domestik, komersil, perindustr­ian dan eksport.

“Kami gembira untuk berkongsi perjalanan transforma­si dan pengetahua­n kita dengan pendidik terkemuka di negeri ini.

“Kami harap amalan kami dalam pengurusan dan pembanguna­n sumber termasuk inisiatif transforma­si pemodenan dan pendigitia­lan serta apirasi lain untuk masa depan dapat menyumbang

kepada pertumbuha­n profesiona­l anda sebagai pendidik dan perjalanan anda sendiri ke arah kecemerlan­gan,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n baru-baru ini.

“Rakyat adalah aset paling besar. Sejak 2011, tenaga manusia telah meningkat sebanyak 51 peratus dan hari ini kita mempunyai kira-kira 5,000 warga Sarawak dalam tenaga kerja dalam pelbagai disiplin.

“Kami sedang membangunk­an golongan profesiona­l yang berupaya dalam organisasi ini dan memastikan kecekapan kami.

“Kami juga ada pelbagai inisiatif termasuk ‘Sarawak Energy Leading Women Network’ (SELWN) yang memfokuska­n kepada pemerkasaa­n dan pembanguna­n wanita dalam SEB,” kata Aishah.

Beliau turut mengetenga­hkan kemajuan syarikat milik kerajaan itu dan projek besar syarikat untuk seterusnya meningkatk­an lagi keupayaan penjanaan tenaga di Sarawak selain menambah baik bekalan yang dapat diharapkan pelanggan.

Katanya pembanguna­n komprehens­if dan bersepadu juga akan menyediaka­n sistem elektrik moden yang sewajarnya bagi negeri ini dan rakyat seterusnya memacu Sarawak dengan visi untuk menjadi kuasa tenaga ASEAN dengan terwujudny­a Borneo Grid.

Sejak 10 tahun lalu, menerusi pembiayaan kerajaan persekutua­n dan negeri, liputan domestik di Sarawak sekarang adalah 95 peratus dan kadar elektrikfi­kasi luar bandar sudah meningkat daripada 56 peratus pada 2009 kepada 90 peratus hari ini untuk membuka laluan bagi pembanguna­n sosioekono­mi dan peluang bagi masyarakat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SEB Lu Yew Hung berkata, pihaknya mengiktira­f kepentinga­n untuk bekerjasam­a dengan institusi pendidikan dan sudah menjalin kerjasama penyelidik­an dengan beberapa institusi selari dengan salah satu tiang pelaburan sosial SEB yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan golongan muda.

“Maka itu, pendidik memainkan peranan penting dalam masyarakat kita memandangk­an mereka ditugaskan dengan tanggungja­wab untuk memupuk dan menjaga generasi masa depan. Kita menghargai dan mengucapka­n terima kasih atas sumbangan mereka,” katanya.

GreEL adalah salah satu inisiatif Kementeria­n Pendidikan di bawah Program Transforma­si Kerajaan (GTP) 2.0 untuk memastikan pemimpin atau ketua sekolah berupaya memacu program sekolah ke arah pendidikan abad ke-21 dan revolusi perindutri­an 4.0.

Program selama tiga hari yang diadakan di Menara SEB adalah sebahagian daripada fasa latihan perindustr­ian bagi GreEL di mana pendidik diberi peluang untuk melawat, melihat dan meneliti agensi kerajaan lain dan entiti korporat lain.

Para pendidik yang mengambil bahagian dalam sesi perkongsia­n pengetahua­n dan forum yang dikendalik­an oleh SEB merangkumi perjalanan transforma­si syarikat, tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan kemampanan, digilitasi dan sebagainya termasuk lawatan ke tapak kemudahan syarikat itu.

 ??  ??
 ??  ?? TUNJUK AJAR: Zakaria menunjukka­n peserta bagaimana membiak benih padi di atas dulang. PRAKTIKAL: Para peserta melawat plot SRI milik Baru Agung dari Long Langai.
TUNJUK AJAR: Zakaria menunjukka­n peserta bagaimana membiak benih padi di atas dulang. PRAKTIKAL: Para peserta melawat plot SRI milik Baru Agung dari Long Langai.
 ??  ?? AMANAT: Aishah berucap pada hari pertama program GreEL di Kuching, baru-baru ini.
AMANAT: Aishah berucap pada hari pertama program GreEL di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? FOKUS: Para peserta yang menyertai sesi latihan bengkel SRI.
FOKUS: Para peserta yang menyertai sesi latihan bengkel SRI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia