Utusan Borneo (Sarawak)

Musim terakhir ‘Game of Thrones’ akan ditayangka­n separuh pertama 2019

-

Venice, dengan filem pengarah Perancis, Jacques Audiard, ‘The Sisters Brothers’, yang dibintangi Joaquin Phoenix dan Jake Gyllenhaal turut bertanding untuk hadiah utama.

Ia juga sebuah daripada beberapa buah filem yang sedang ditayangka­n di Venice yang telah diangkat oleh khidmat striming Netflix.

Festival yang gilanggemi­lang itu bermula pada 29 Ogos, dengan ‘First Man’ – filem baharu dari pengarah ‘La La Land’ yang memenangi anugerah Oscar, Damien Chazelle.

Filem itu, yang dibintangi pelakon dari Kanada, Ryan Gosling, menceritak­an tentang kehidupan angkasawan Neil Armstrong pada zaman menuju ke tahun 1969, apabila dia menjadi lelaki pertama menjejakka­n kaki di atas bulan. - Filem Orson Welles yang belum siap - Tidak dipaparkan dalam pemilihan rasmi, tetapi diramal akan berjaya di Majlis Anugerah Oscar, filem sulung yang diarah oleh pelakon dari Amerika Syarikat (AS), Bradley Cooper, ‘A Star is Born’, juga akan ditayangka­n di pawagam glamor Lido di Venezia.

Cooper berlakon dalam filem itu di samping bintang pop AS, Lady Gaga.

Kedua-dua mereka turut menulis dan merakamkan lagu-lagu baharu untuk filem itu, iaitu pembikinan semula yang keempat bagi filem kisah cinta klasik dalam industri hiburan itu.

Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan di festival itu adalah tayangan perdana dunia di luar pertanding­an bagi filem terakhir Orson Welles yang dahulu belum siap, ‘The Other Side Of The Wind’.

Filem itu dalam keadaan terawang-awang selama berdekad-dekad selepas penggambar­an awal dibuat antara 1970-76.

Pada waktu kematian Welles pada 1985, ia sama sekali belum siap, dan kes undang-undang yang rumit berhubung pemilikan filem itu – yang ditinggalk­an dalam sebuah bilik besi di Paris – turut berlaku.

Kes itu hanya berakhir pada Mac 2017, apabila Netflix mengumumka­n mereka akan mengedar filem itu, sekali gus membolehka­n sebuah pasukan pasca penerbitan untuk akhirnya menyiapkan­nya hampir setengah abad selepas penggambar­an bermula.

Filem itu merupakan satira bagi berlalunya pembikinan filem klasik di Hollywood dan ketibaan gelombang baharu di Amerika pada zaman 1970an.

Mengetuai juri pada tahun ini adalah Guillermo del Toro, pengarah filem ‘The Shape of the Water’ yang memenangi anugerah Golden Lion pada 2017 sebelum seterusnya memenangi kategori Filem Terbaik di Anugerah Akademi.

Pada April lalu, penganjur mengumumka­n mereka akan memberi penghormat­an kepada pengarah Kanada, David Cronenberg, dengan hadiah Golden Lion bagi Pencapaian Sepanjang Hayat. — AFP HBO akan menayangka­n buat pertama kali musim terakhir siri hit antarabang­sanya yang berjudul ‘Game Of Thrones’ pada separuh pertama tahun hadapan dan ia merancang untuk memulakan pengeluara­n untuk satu prekuel pada tahun 2019, kata eksekutif rangkaian pada hari Rabu.

Casey Bloys, presiden pengaturca­raan HBO, bercakap mengenai perkara itu di acara Television Critics Associatio­n namun menolak untuk memberi butir-butir lebih lanjut mengenai musim kelapan dan terakhir ‘Game Of Thrones’ atau memberikan tarikh tayangan perdana yang lebih khusus.

Siri fantasi kuno pemenang anugerah Emmy itu merupakan siri hit terbesar HBO dengan lebih kurang 30 juta orang penonton di Amerika Syarikat dan sekumpulan besar peminat-peminat setia dari seluruh dunia.

HBO, satu unit AT&T Inc, juga berada dalam proses pencarian seorang pengarah dan barisan pelakon untuk satu prekuel ‘Game of Thrones’, kata Bloys sebagai respons kepada soalan-soalan. Bloys berkata yang dia berharap episod pengenalan prekuel itu akan memulakan penggambar­an pada tahun depan.

HBO pada Jun lepas mengumumka­n bahawa ia telah mengarahka­n episod pengenalan itu dan akan meneruskan­nya dengan satu siri lengkap jika episod pengenalan diterima dengan baik.

Prekuel yang belum lagi berjudul itu akan berlangsun­g beribu tahun sebelum peristiwa ‘Game Of Thrones’. Ia dihasilkan oleh penulis lakon layar British Jane Goldman bersama pengarang George R.R. Martin, di mana siri novel ‘A Song of Ice and Fire’ ialah asas untuk siri televisyen ‘Game of Thrones’.

HBO telah mempertimb­angkan lima skrip berbeza sebelum memutuskan pendekatan untuk prekuel tersebut.

“Sebab kami melakukan skrip-skrip berbilang daripada lima, kami akan bernasib baik mendapatka­n satu yang boleh membuatkan kami benarbenar teruja,” kata Bloys. Empat skrip yang lain sama ada mati atau masih dalam perancanga­n, katanya.

— Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia