Utusan Borneo (Sarawak)

Petisyen gesa tayangan siri baharu Netflix ‘Insatiable’ dibatalkan

-

SIRI baharu dalam khidmat striming Netflix, ‘Insatiable’, dituduh menghina orang berat badan, dan petisyen untuk menuntut pengundura­nnya telah mendapat lebih 125,000 tanda tangan setakat Selasa lepas.

Siri itu, yang memaparkan Alyssa Milano dan Debby Ryan dan akan disiarkan menerusi Netflix bermula 10 Ogos, memaparkan seorang remaja gemuk yang dihina oleh rakanrakan sekelas.

Selepas kehilangan berat badan, dia cuba membalas dendam.

Petisyen itu menyatakan siri itu menggalakk­an wanita muda untuk menilai “harga diri berdasarka­n badan mereka” dan “mengekalka­n bukan sahaja ketoksikan budaya pemakanan, tetapi objektifik­asi tubuh wanita”.

“Kita masih ada masa untuk menghentik­an siri ini daripada dikeluarka­n, dan menyebabka­n kemusnahan akibat keraguan diri dalam minda gadis-gadis yang akan menyangka bahawa untuk menjadi gembira dan berharga, mereka perlu menghilang­kan berat badan,” katanya.

Debby Ryan mempertaha­nkan siri itu dalam akaun Instagramn­ya.

“Sebagai seseorang yang amat mengambil berat tentang cara badan kita, terutamany­a badan wanita, diaibkan dan diawasi dalam masyarakat kita, saya begitu teruja untuk bekerja dalam ‘Insatiable’ kerana ia adalah sebuah rancangan yang menangani dan bersemuka dengan ideaidea tersebut menerusi satira,” tulis Ryan.

Dia bercakap mengenai “dua belas tahun dalam masalahnya sendiri dengan imej badan, masalah yang membawa saya keluar masuk dari tempat buruk yang saya tidak mahu lagi kunjungi”.

“Penebusan adalah apabila kita mengenal pasti pembuli dan berkata ‘ini tidak OK’,” kata Ryan.

Wataknya “menjalani transforma­si fizikal, tetapi tidak menggembir­akannya. Kami bukan dalam urusan memalukan orang gemuk. Kami mahu menarik tumpuan yang tajam kepada sistem yang rosak dan memudaratk­an yang menyamakan kekurusan dengan harga diri”.

Netflix tidak menjawab segera kepada permintaan untuk membuat kenyataan.

Gergasi striming itu sudah pun menjadi subjek kontrovers­i sejak beberapa bulan lalu kerana siri baharu ‘13 Reasons Why’, yang dituduh menggalakk­an golongan remaja untuk membunuh diri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia