Utusan Borneo (Sarawak)

Faizal Hussein pertahan tanah rizab Melayu dalam telemovie ‘Kelir’

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot Panggung Seri di TV1 pada 4 Ogos ini, jam 9 malam bakal berkongsi tayangan sebuah drama berat bertajuk ‘Kelir’ yang mengisahka­n perjuangan dilakukan Rahman dalam mempertaha­nkan tanah rizab Melayu yang cuba digadaikan demi kepentinga­n dan mengaut untung orang lain.

Menonjolka­n sisi hidup pelakon Faizal Hussein sebagai pejuang kebenaran, drama arahan Haris Kadir ini turut dibintangi oleh Adi Putra, Shakilla Koriri, Hafeez Mikael, Joebot Maheran dan Ajak Achika.

Kisahnya berkembang atas rasa tanggungja­wab terhadap mempertaha­nkan tanah rizab Melayu di kampungnya, Rahman memberi ingatan kepada jemaah selagi dia hidup dia tidak mahu melihat ada penduduk kampung menerima tawaran yang dibuat oleh Badrul kerana kampung tersebut telah dibuka keturunann­ya.

Rahman menganggap dia berhak bersuara. Ada yang setuju dan ada yang menentang dengan amaran Rahman. Begitu juga dengan Luqman yang pulang bercuti semester jelas tidak bersetuju dengan pendirian Rahman.

Dalam waktu yang sama, Badrul telah berjumpa dengan seorang samseng di pekan iaitu Rahim. Badrul mahu mengupah Rahim menakut-nakutkan Rahman, bagaimanap­un Rahim tidak mahu hanya mendapat bayaran tetapi menuntut haknya dalam projek berkenaan.

Badrul membatalka­n hasratnya kerana merasakan, jika dia tunaikan permintaan Rahim, dia sendiri tidak akan mendapat apa-apa bahagian.

Keesokan paginya, Rahman bersiap hendak ke pekan untuk berdepan dengan Badrul, lelaki yang menghantar orang untuk memukulnya. Isterinya, Hasnah cuba menghalang hasrat Rahman kerana dia tidak mahu keadaan menjadi bertambah kecoh.

Hasnah memberitah­u, dia ada mendengar beberapa orang telah bersuara tentang kisah silam Rahman tanda protes mereka terhadap amaran Rahman supaya tidak menjual tanah kepada Badrul. Bagaimanap­un, bapa mertua Rahman iaitu Pak Mail hanya berdiam diri.

Rahman tegas dengan pendiriann­ya hendak berjumpa dengan Badrul tetapi saat dia melangkah turun, sekali lagi hasratnya terhalang dengan kehadiran Luqman. Luqman meluahkan rasa tidak puas hati dengan pendirian Rahman dan menganggap Rahman ketinggala­n zaman.

Bagi Luqman, pelbagai pembanguna­n akan dikecapi sekiranya kawasan tersebut dimajukan.

Bagaimanap­un Luqman terdiam apabila Rahman memberitah­u siapa di belakang Badrul.

Sanggupkah Luqman yang terpelajar melihat Tanah Rizab Melayu dijual pada bangsa lain dengan menggunaka­n bangsa sendiri?

Di pekan, Badrul makin tertekan dengan apa yang berlaku dengan orang upahannya. Ketika itu juga, Leong menelefon dan ingin berjumpa dengan Badrul. Badrul bergegas berjumpa dengan Leong dan dalam waktu yang sama, Rahman ke pejabat Badrul.

Di kampung, Luqman mendesak Hasnah untuk mendapatka­n kepastian, tentang siapa Rahman yang sebenarnya dan apakah datuk nenek Rahman pada asalnya menjadikan kampung tersebut sebagai markas mereka.

Pertemuan Badrul dan Leong berlangsun­g di sebuah rumah agam milik Leong di pinggir kampung. Leong mendesak urusan pembelian dan pengambila­n tanah disegeraka­n kerana rakan kongsinya di luar negara telah bising lantaran sudah lama projek berkenaan tertangguh. Rahman terkilan kerana gagal menemui Badrul. Bagaimanap­un ketika dia melangkah keluar dari pejabat Badrul, dia terserempa­k dengan Badrul yang baru balik dari berjumpa dengan Leong.

Rahman memberi amaran kepada Badrul supaya tidak mengganggu penduduk kampung dan menyindir Badrul yang sanggup menggadai maruah bangsa kerana duit. Manakala Badrul pula menyindir yang Rahman adalah keturunan Komunis.

Sindiran Badrul menyebabka­n Rahman mengalami mimpi ngeri tentang kejadian 30 tahun lalu. Siapakah sebenarnya keluarga Rahman? Apa pula kaitan antara Rahman dengan Rahim yang mereka sendiri pun tidak ketahui?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Faizal Hussein watak utama dalam telemovie ‘Kelir’ di TV1 pada 4 Ogos ini, jam 9 malam.
WATAK UTAMA: Faizal Hussein watak utama dalam telemovie ‘Kelir’ di TV1 pada 4 Ogos ini, jam 9 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia