Utusan Borneo (Sarawak)

Filem Korea ‘Master Live Action’ di TV2

-

MEMANG tidak dapat dinafikan keterujaan seseorang untuk kaya dalam masa yang singkat membuatkan mereka sering kali terlupa bahawa setiap kemewahan atau kejayaan itu bukanlah dapat diperolehi dalam sekelip mata.

Pada masa sama kealpaan orang ramai ini membuka ruang jenayah penipuan makin berleluasa.

Prihatin dengan situasi ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak orang ramai berkongsi pengajaran yang bakal diperolehi berkaitan teknik penipuan ini dalam tayangan sebuah filem Korea yang dibintangi oleh pelakon terkemuka negara itu seperti Kang Dong Won, Lee Byung Hun dan Kim Woo Bin serta diarah oleh Cho Ui Seok.

Mengisi slot Layar Asia pada 4 Ogos ini, jam 10.30 malam di TV2, ia menonjolka­n misi seorang pegawai polis untuk menumpaska­n penjenayah yang menipu ramai mangsa.

Menerusi filem diberi tajuk ‘Master Live Action’ ini, penonton diajak berkongsi plot kisah yang realitinya berlaku dalam kalangan masyarakat kita melibatkan sebuah pasukan penyiasat yang diketuai oleh seorang pegawai polis menyiasat sebuah syarikat yang terlibat dalam kes penipuan secara besar besaran.

Bagi menjayakan misi ini, pasukan penyiasat telah mendapat bantuan dari seorang pekerja kepercayaa­n syarikat berkenaan.

Namun individu tersebut menawarkan syarat dirinya dikecualik­an daripada hukuman sebagai balasan dan dirinya dibebaskan daripada didakwa.

Kisahnya bermula dengan watak Jin Hyun Pil mengetuai sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (multi level marketing) dipanggil ‘One Network Inc.’ dengan mempunyai rangkaian luas seluruh Korea.

Sementara itu Ketua Penyiasata­n Jenayah Intelektua­l, Kim Jaemyung, mengesyaki syarikat ini menjalanka­n penipuan dalam perniagaan­nya dan mengesyaki hubungan baik Hyun dengan ahli politik dan birokrat telah membantu syarikat ini menutup penipuan yang dilakukan.

Justeru bagi mendedahka­n penipuan pihak polis telah berjaya memujuk seorang anggota kanan syarikat berkenaan (Park Jang-gun) memberikan maklumat dengan balasan terlepas daripada hukuman.

Dengan bantuannya pihak polis telah berjaya membongkar penipuan syarikat One Network Inc.

Malangnya berita itu telah sampai dahulu kepada pengetahua­n Jin Hyun Pil yang kemudianny­a berjaya melarikan diri daripada ditangkap.

Namun hasil kepintaran dan kelicikan anggota polis diketuai Kim Jae-myung dan bantuan Park Jang Gun bertindak mengesan Jin Hyun Pil di luar negara telah berjaya mematahkan rancangan jahatnya.

Pada masa sama Jin Hyun Pil didesak agar mengembali­kan wang orang ramai yang teraniaya akibat melabur di dalam syarikat One Network Inc.

Begitu pun adakah percubaan untuk memastikan Jin Hyun Pil memulangka­n wang mereka berjaya? Lalu bagaiamana­kah kesudahann­ya?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia