Utusan Borneo (Sarawak)

Simbol penentanga­n Palestin dibebas

Tamimi, ibunya keluar dari penjara lapan bulan selepas kes tampar tentera Israel

-

BAITULMAQD­IS: Seorang remaja Palestin Ahed Tamimi meninggalk­an penjara semalam selepas hukuman lapan bulan kerana menampar dua anggota tentera Israel, episod yang dirakamkan dalam video yang menjadikan­nya simbol tentangan bagi rakyat Palestin, menurut jurucakap perkhidmat­an penjara rejim Israel.

Assaf Librati memberitah­u, Tamimi, 17, dan ibunya, yang turut dipenjarak­an gara-gara insiden tersebut, dibawa pihak berkuasa Israel dari penjara ke pos pemeriksaa­n ke Tebing Barat yang ditakluki di mana mereka tinggal.

“M e r e k a t e l a h meninggalk­an penjara,” menurut Librati.

Mereka dijangka tiba di pos pemeriksaa­n berhampira­n bandar Palestin Tulkarm di Tebing Barat.

Kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh mahkamah tentera Israel selepas kejadian Disember lepas yang didakwa keluarga Tamimi berlaku di halaman rumah mereka di Nabi Saleh, Tebing Barat.

Video kejadian itu menular dan menyebabka­nnya dipandang sebagai seorang wira yang bangkit menentang penaklukan Israel.

Imejnya dilukiskan pada tembok pemisah Israel yang memisahkan Tebing Barat, presiden Palestin Mahmud Abbas memujinya dan media sosial dibanjiri kata- kata sokongan terhadapny­a.

Namun bagi Israel, Tamimi digunakan keluarga aktivisnya sebagai gadaian dalam provokasi yang disengajak­an.

Mereka menunjuk kepada siri insiden sebelum ini melibatkan­nya, dengan gambar- gambar lama dia berdepan anggota tentera yang dikongsika­n secara meluas dalam talian.

Ramai peneroka haram Yahudi turut memuji sikap bertahan anggota tentera yang kekal tenang sepanjang kejadian, walaupun mereka menyatakan tindakan Tamimi sewajarnya mendapat respons lebih tegas.

Tamimi ditangkap pada awal pagi 19 Disember, empat hari selepas insiden, pada usia 16 tahun.

Selain ibunya Nariman, turut ditangkap sepupunya Nour. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SIMBOL PENENTANGA­N: Tamimi bercakap kepada wartawan sejurus dibebaskan dari penjara sambil ditemani (dari kanan) ibu dan bapanya di Nabi Saleh, Tebing Barat semalam.
— Gambar AFP SIMBOL PENENTANGA­N: Tamimi bercakap kepada wartawan sejurus dibebaskan dari penjara sambil ditemani (dari kanan) ibu dan bapanya di Nabi Saleh, Tebing Barat semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia