Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan untuk California tangani kebakaran hutan

-

REDDING: Kerajaan persekutua­n Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan bantuan untuk California ketika ribuan anggota bomba berusaha mengawal siri kebakaran hutan yang marak yang telah mengorbank­an enam nyawa termasuk dua kanak- kanak dan nenek mereka, serta memusnahka­n beratus-ratus bangunan.

Kebakaran paling besar itu memusnahka­n sebahagian besar kawasan hutan di negeri itu dan mendesak ribuan penduduk berpindah, tatkala kebakaran ketiga memaksa penutupan separuh Taman Negara Yosemite yang terkenal.

Kepulan asap besar bergerak dengan cepat di kawasan Carr Fire dengan kekuatan seperti puting beliung dalam kebakaran yang dikenali sebagai ‘firenado’.

Melody Bledsoe, 70, dan dua cicitnya James dan Emily Roberts yang baharu berusia lima dan empat tahun, maut ketika kebakaran memusnahka­n rumah treler luar bandar mereka.

Kebakaran itu turut membunuh dua anggota bomba, menurut Cal Fire.

Seorang lagi anggota bomba maut dalam kebakaran Ferguson Fire.

Semasa mengumumka­n darurat di California, Presiden Donald Trump mengarahka­n bantuan persekutua­n untuk membantu negeri dan usaha respons tempatan disebabkan keadaan darurat akibat kebakaran hutan bermula pada 23 Julai, menurut Rumah Putih.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n diarah mengenal pasti, mengerah dan menyediaka­n peralatan dan sumber diperlukan bagi mengatasi kesan kecemasan itu.

Carr Fire di utara California, yang bermula pada 23 Julai, memusnahka­n 80,906 ekar, meningkat daripada 48,312 ekar pada Jumaat lepas, menurut Cal Fire, Jabatan Perhutanan dan Perlindung­an Kebakaran di negeri itu.

“Angin, suhu tinggi dan rumput kering masih berpotensi untuk memarakkan perkembang­an api.

“Api merebak dengan aktif pada semua arah,” Cal Fire.

Gabenor Jerry Brown pada Jumaat lepas meminta bantuan persekutua­n bagi menyelamat­kan nyawa dan melindungi harta benda.

Beliau meminta bantuan, termasuk pesawat tentera, bekalan tempat perlindung­an sementara dan air bagi 30,000 penduduk yang dipindahka­n dari daerah Shasta, di utaratenga­h California, di mana Carr Fire berkembang tidak terkawal, menurut kenyataan media gabenor.

Brown mengumumka­n perintah darurat di Shasta dan mengarahka­n Pengawal Negara untuk membantu 3,400 kakitangan bomba yang giat mengawal Carr Fire yang telah memusnahka­n 500 bangunan.

Lebih 1,300 anggota bomba berdepan Cranston Fire yang merebak dengan pantas setelah bermula pada Rabu dan memaksa pemindahan kirakira 7,000 orang, meurut Perkhidmat­an Hutan AS.

Ia menambah bahawa kebakaran yang berpunca dari Cranston dan kebakaran lain telah menyebabka­n penutupan sementara semua aktiviti Perkhidmat­an Hutan AS di Santa Rosa dan Tugu Negara Banjaran San Jacinto.

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditangkap dan didakwa atas 15 tuduhan pembakaran secara sengaja, termasuk bagi Cranston Fire.

Ferguson Fire mendekati Taman Negara Yosemite di tengah California, memaksa penutupan separuh destinasi tarikan terkenal itu.

Tahun lepas adalah yang terburuk dalam rekod kemusnahan kebakaran hutan di California, dengan lebih 40 kematian dan kira-kira 9,000 bangunan musnah, akibat kebakaran yang melanda wilayah wain Napa dan Sonoma. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIADA KELEGAAN: Anggota bomba memadam titik panas di sekitar beberapa rumah ketika Carr Fire terus marak dekat Redding, California kelmarin.
— Gambar AFP TIADA KELEGAAN: Anggota bomba memadam titik panas di sekitar beberapa rumah ketika Carr Fire terus marak dekat Redding, California kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? BAWA MASALAH: Beberapa pendatang bergaduh di atas bot penyelamat sebaik tiba pada waktu subuh kelmarin di pelabuhan Barbate, selatan Sepanyol.
— Gambar Reuters BAWA MASALAH: Beberapa pendatang bergaduh di atas bot penyelamat sebaik tiba pada waktu subuh kelmarin di pelabuhan Barbate, selatan Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia