Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel berkas dua rakyat Itali

-

BAITULAMQD­IS: Pasukan tentera Israel menahan dua rakyat Itali kerana melukis mural gergasi memaparkan remaja Palestin yang dilihat sebagai simbol penentanga­n pada tembok pemisah di Tebing Barat yang dijajah, menurut pihak polis.

Mural berukuran empat m e t e r b e r h a m p i r a n Baitullaha­m di Tebingan Barat menunjukka­n Ahed Tamimi, 17, yang dibebaskan dari penjara semalam selepas hukuman penjara lapan bulan kerana menampar dua anggota tentera Israel, dalam episod yang dirakamkan dalam video.

Kelmarin, polis sempadan Israel menahan dua rakyat Itali dan seorang rakyat Palestin kerana disyaki merosak dan memusnahka­n pagar keselamata­n di kawasan Baitullaha­m, menurut keyataan rejim.

Ketiga-tiga mereka, yang manamukame­rekabertop­eng, melukis secara haram pada tembok, dan ketika anggota polis sempadan mengambil tindakan menahan mereka, mereka cuba melarikan diri dengan kereta lalu ditahan pasukan tentera, jelas kenyataan tersebut.

Pada Rabu lepas, seorang lelaki yang melukis mural itu memperkena­lkan dirinya sebagai artis jalanan Jorit Agoch.

Mesej Facebook di bawah namanya menyatakan beliau telah ditangkap dan merayu untuk bantuan.

Pada pagi semalam, ketigatiga mereka masih ditahan tentera Israel.

Pada masa yang sama, Tamimi dan ibunya Nariman dibawa dari penjara Sharon di dalam Israel ke kampung halaman mereka Nabi Saleh di Tebing Barat selepas menjalani hukuman mereka.

Tembok pemisah yang memisahkan Tebing Barat dari Israel dipenuhi dengan grafiti sokongan untuk perjuangan Palestin.

Artis jalanan British yang perahsia Banksy antara mereka yang telah melukis pada tembok tersebut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DISANJUNGI: Salah seorang artis asing yang ditahan itu sempat melukis gambar Tamimi pada tembok Israel di Baitulaham, Tebing Barat pada 25 Julai lalu.
— Gambar Reuters DISANJUNGI: Salah seorang artis asing yang ditahan itu sempat melukis gambar Tamimi pada tembok Israel di Baitulaham, Tebing Barat pada 25 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia