Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,200 pendatang diselamatk­an di luar pantai Sepanyol

-

MADRID: S e p a n y o l menyatakan kelmarin ia telah menyelamat­kan lebih 1,200 pendatang dari laut dalam masa dua hari ketika menteri dalam negeri menyeru penyelesai­an meluas Eropah bagi pendatang haram.

Fernando Grande-Marlaska menyatakan Sepanyol pada dasarnya melihat masalah imigrasi sebagai masalah Eropah yang memerlukan satu penyelesai­an meluas, selepas membuat lawatan ke wilayah barat daya Cadiz.

Menteri terbabit dalam misi mencari fakta bagi mengetahui cara polis dan Palang Merah menguruska­n kemasukan pendatang.

Pada awal kelmarin, perkhidmat­an menyelamat maritim menyatakan dalam Twitter ia telah menyelamat­kan 334 orang dari 17 \ bot.

Jumaat lepas, pengawal pantai menahan 888 orang dalam masa satu hari sahaja.

“Seperti yang dijangkaka­n,” menteri Grande- Marlaska berkata, mengkritik kerajaan konservati­f sebelum ini pimpinan Mariano Rajoy.

Beliau menyatakan, kerajaan bekerja sepanjang masa untuk membuka sebuah pusat di pelabuhan Andalusia dengan bilik bagi 600 orang.

Awal minggu ini, lebih 600 pendatang Afrika telah sampai ke wilayah Ceuta di Sepanyol selepas menyerbu pagar dua sempadan dengan Maghribi dan menyerang pihak polis.

Rusuhandis­ekatanberk­awat duri pada Khamis lepas merupakan yang paling besar di Ceuta sejak Februari 2017, ketika lebih 850 pendatang memasuki wilayah Sepanyol itu sepanjang empat hari.

Insiden itu kemudian menambahka­n lagi tekanan terhadap Sepanyol, yang mengatasi Itali sebagai destinasi utama bagi pendatang yang menyeberan­gi Mediterran­ean dengan menggunaka­n bot.

Lebih 19,580 telah mendarat di pantai Sepanyol pada tahun ini sahaja, menurut Pertubuhan Antarabang­sa bagi Migrasi (IOM). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia