Utusan Borneo (Sarawak)

Erdogan beri amaran kepada AS

Ribut kuat badai tengah Jepun

-

TOKYO: Satu ribut yang sangat kuat melanda bahagian tengah Jepun kelmarin, membawa hujan lebat ketika membadai sekitar kawasan barat yang telah pun terjejas akibat banjir dan tanah runtuh.

Taufan Jongdari, membawa angin sekuat 180 kilometer sejam, melanda Ise di wilayah Mie pada kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan, menurut agensi meteorolog­i negara.

Ia menjadi lemah selepas menyerang dan menurun kepada satu bentuk ribbut tropika, menurut agensi, namun banyak wilayah masih dalam keadaan berjagajag­a.

“kami berada dalam keadaan berjaga- jaga sepanjang masa sejak bencana hujan pada awal Julai,” menurut Koji Kunitomi, pegawai pengurusan krisis di wilayah barat Okayama, merujuk kepada penurunan hujan berbahaya awal bulan ini.

“Mujurlah setakat ini kami tidak melihat kejadian banjir baharu,” kata beliau.

Ribut, selepas membawa hujan lebat di bahagian timur Jepun, bergerak ke bahagian barat tengah hari semalam, dan pihak berkuasa di barat Jepun menggesa puluhan ribu penduduk agar berpindah sebelum hujan bertambah kuat.

Rakaman TV menunjukka­n ombak tinggi menghempas batu-batu dan tembok laut di garisan pantai barat daya Tokyo, serta pokok-pokok tumbang akibat angin kuat dan hujan lebat.

Sekirang- kurangnya 19 tercedera di sekitar enam daerah, menurut badan penyiaran awam NHK.

Ombak kuat memecahkan cermin tingkap di sebuah restoran dengan pemandanga­n laut di sebuah hotel di pekan peranginan Atami, barat daya Tokyo, lewat kelmarin.

“Kami tidak menjangkak­an perkara ini akan berlaku.

“Ombak melimpah ke dalam restoran semasa cermin tingkap pecah namun kami sangat bersyukur kerana pelanggan kami mengikuti arahan pemindahan,” kata pegawai di hotel itu.

“Mujurlah tiada sesiapa mengalami kecederaan serius,” jelas beliau, sambil menambah lima mangsa luka akibat cermin yang pecah semasa mereka melepaskan diri. Ribut mara di sekitar barat wilayah Chugoku, di mana penurunan hujan paras rekod awal bulan ini menyebabka­n banjir dan tanah runtuh yang mengorbank­an kira-kira 220 penduduk.

Ia merupakan bencana berkaitan cuaca yang terburuk di Jepun dalam tempoh beberapa dekad, dan ribuan yang terjejas masih berada di pusat perlindung­an sementara atau rumah- rumah yang rosak.

Agensi cuaca memberikan amaran mengenai hujan lebat, tanah runtuh, angin kuat dan ombak tinggi, serta menggesa orang ramai agar mempertimb­angkan pemindahan awal.

Di Jepun, arahan pemindahan bukan mandatori dan penduduk selalunya terus berada dalam rumah masingmasi­ng, sebelum terperangk­ap kemudian ketika paras air naik dengan pantas atau tanah runtuh tiba-tiba.

Beberapa kritikan menyataka arahan di Chugoku dikeluarka­n terlalu lambat.

Jepun sekarang berada dalam musim taufan dan seringkali dilanda angin ribut utama semasa musim panas dan luruh.

ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan memberikan amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa sekatan tidak akan memaksa Ankara untuk berundur selepas Donald Trump mengugut akan menghukum Turki sekiranya seorang paderi AS tidak dibebaskan, dalam komen-komen yang disiarkan semalam.

“Kamu tidak boleh m e m b u a t k a n T u r k i mengambil satu langkah berundur dengan sekatan t e r s e b u t , ” E r d o g a n menyatakan dalam komen pertamanya sejak hubungan tegang selepas Trump mengugut langkah-langkah tersebut pada Khamis lepas sekiranya Paderi Andrew Brunson tidak dibebaskan.

“AS tidak seharusnya lupa bahawa ia akan kehilangan rakan yang kuat dan ikhlas seperti Turki sekiranya ia tidak mengubah sikapnya,” beliau telah dipetik sebagai berkata oleh akhbar Hurriyet.

Hubungan di antara sekutu NATO bertambah buruk susulantin­dakanmemen­jarakan Brunson, yang menjalanka­n sebuah gereja Protestan di bandar Aegean Izmir.

Dia ditahan di penjara selama hampir dua tahun atas tuduhan keganasan namun diletakkan dalam penahanan di rumah pada Rabu lepas.

Khamis lepas Trump menghentam semula tindakan, menyeru pembebasan segera dan amaran AS akan mengenakan sekatan besar terhadap Turki bagi penahanan lama ke atas Brunson.

Hubungan yang telahpun tegang berkaitan beberapa isu termasuk sokongan Washington terhadap militia Kurdis Syria yang dikatakan Turki sebagai kumpulan pengganas dan kegagalan untuk kenghantar pulang ulama Islam yang berpangkal­an di Pennsylvan­ia Fethullah Gulen.

Ankara menuduh Gulen mengarahka­n pengguling­an Erdogan yang gagal pada 2016, dakwaan yang beliau nafikan sepenuhnya.

Washington Post pada Jumaat lepas melaporkan perjanjian di antara Ankara dan Washington dilakukan bagi memastikan pembebasan seorang wanita Turki yang dipenjarak­an di Israel dalam pertukaran dengan kebebasan Brunson.

Ebru Ozkan, 27, ditahan selama lebih sebulan oleh Israel atas tuduhan memberikan ratusan dolar kepada sebuah kumpulan ‘pengganas’, namun kembali ke Turki pada 16 Julai.

Akhbar menyatakan perjanjian telah dimeterai secara persendiri­an oleh Trump namun gagal apabila Brunson dipindahka­n kepada penahanan di rumah.

Erdogan menyatakan dakwaan tersebut menegaskan Turkitidak­pernahmenj­adikan Paderi Brunson sebagai alat pertukaran.

Bagaimanap­un, beliau menyatakan Ankara telah meminta bantuan Washington dalammemas­tikankepul­angan Ozkan.

“Namun kami tidak memyatakan sebagai balasan untuk ini, kami akan menyerahka­n Brunson.

“Tiada perkara sebegini telah dibincangk­an,” tegas Erdogan dalam keyataan kepada wartawan semasa lawatan ke Afrika Selatan.

B r u n s o n b e r d e p a n hukuman penjara 35 tahun sekiranya didapati bersalah melakukan aktiviti bagi pihak dua kumpulan yang dianggap Turki sebagai organisasi pengganas, pergerakan Gulen dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Brunson menafikan tuduhan itu sementara pegawai AS beberapa kali menegaskan paderi itu tidak bersalah.

Erdogan pada September m e c a d a n g k a n T u r k i membebaska­n Brunson sekiranya AS menyerahka­n Gulen, tawaran yang ditolak bulat- bulat Washington. — AFP

 ?? — Gamabr AFP ?? SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA: Kerosakan jelas kelihatan pada pangsapuri kediaman di Nara akibat kemaraan Taufan Jongdari, semalam.
— Gamabr AFP SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA: Kerosakan jelas kelihatan pada pangsapuri kediaman di Nara akibat kemaraan Taufan Jongdari, semalam.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MASIH DITAHAN: Gambar fail 25 Julai menunjukka­n Brunson (kanan) dieskot anggota polis Turki berpakaian preman yang tiba di rumahnya di Izmir.
— Gambar AFP MASIH DITAHAN: Gambar fail 25 Julai menunjukka­n Brunson (kanan) dieskot anggota polis Turki berpakaian preman yang tiba di rumahnya di Izmir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia