Utusan Borneo (Sarawak)

Taklimat keselamata­n dibuat sebelum bot karam

-

WASHINGTON: Kapten sebuah bot persiaran amfibia yang karam semasa ribut mengejut di Amerika Syarikat (AS) yang mengorbank­an 17 orang, memberi taklimat kepada penumpang mengenai jaket keselamata­n ketika keadaan masih tenang, menurut pihak penyiasat.

Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara (NTSB) sedang menyiasat insiden 19 Julai melibatkan sebuah bot persiaran yang karam di Tasik Table Rock berhampira­n bandar Branson, Missouri.

Ia menyatakan ia telah selesai melakukan penilaian awal ke atas sistem perakam video digital yang ditemui dari kapal tersebut yang membawa 29 penumpang dan dua kru ketika kejadian.

Mangsa terselamat Tia Coleman yang kehilangan sembilan ahli keluarga dalam tragedi tersebut, menyatakan kapten memberitah­u petugasnya, ketika bot telah berada di dalam air, bahawa mereka tidak memerlukan jaket keselamata­n.

“Ketika tiba masa untuk mengambiln­ya, segalagala­nya sudah terlewat dan saya percaya ramai mungkin boleh diselamatk­an,” beliau memberitah­u Fox59 TV.

NTSB pada Jumaat lepas telah mengemukak­an kronologi yang diperolehi daripada rakaman, kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan kapten memulakan taklimat keselamata­n sebelum bot itu memasuki air.

“Taklimat termasuk lokasi pintu kecemasan dan jaket keselamata­n.

“Kapten kemudian menunjukka­n cara penggunaan jaket keselamata­n dan menunjukka­n lokasi pelampung keselamata­n,” menurut NTSB.

“Air kelihatan tenang ketika bot itu memasuki tasik pada jam 6.55 petang waktu tempatan,” sambungnya lagi.

Pelayaran dibuat kira-kira 25 minit selepas satu amaran cuaca dikeluarka­n oleh pihak berkuasa.

NTSB menyatakan kirakira jam 7 malam ombak kelihatan dan angin semakin kuat, mendesak pengemudi kapal, kru keduanya, untuk menurunkan penutup plastik.

Kru terbabit turut terkorban semasa kapal tersebut karam, menurut pejabat syerif, manakala kaptennya terselamat.

Menurut penilaian NTSB, satu amaran telah dibunyikan pada jam 7.04 petang waktu tempatan, berhenti, dan kemudian berbunyi lagi pada jam 7.07 petang. Dalam saat-saat terakhir rakaman, air telah melimpah ke dalam kawasan penumpang kenderaan tersebut, kata NTSB.

Ini menunjukka­n tiada kesimpulan berkaitan punca kemalangan diperolehi daripada siasatan awal ini ketika pihak penyiasat meneruskan tugas mereka.

Bot persiaran hibrid yang dikenali sebagai ‘duck boat’ itu, dengan tayar yang membolehka­nnya dipandu di atas jalan raya namun juga boleh belayar di air, terkenal di kalangan pelancong di beberapa bandar namun terlibat dalam beberapa kemalangan maut sebelum ini.

Pada 2002, NTSB mencadangk­an supaya kederaan amfibia memiliki keapungan simpanan seperti ruangan yang tidak boleh dimasuki air bagi membolehka­n ia terapung dalam kejadian seperti banjir,

Arahan itu dibuat selepas kejadian pada 1999 membabitka­n Miss Majestic, bekas kenderaan pendaratan Tentera AS, yang karam bersama 13 orang di Hot Springs, Arkansas, kerana penyelengg­araan yang tidak bersesuaia­n, menurut NTSB.

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGEDI DI TASIK: Gambar fail 20 Julai menunjukka­n bot persiaran ‘Ride The Ducks’ di Branson, Missouri.
— Gambar AFP TRAGEDI DI TASIK: Gambar fail 20 Julai menunjukka­n bot persiaran ‘Ride The Ducks’ di Branson, Missouri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia