Utusan Borneo (Sarawak)

Iran benarkan pembebasan Mousavi dan Karroubi

-

TEHRAN: Badan keselamata­n utama di Iran telah meluluskan pembebasan pegawai pembangkan­g Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi yang berada dibawa h penahanan di rumah selama tujuh tahun kerana mengetuai protes besarbesar­an pada 2009, seorang anggota keluarga memberitah­u media tempatan.

“Saya mendengar keputusan untuk menarik balik penahanan di rumah telah diluluskan Majlis Keselamata­n Tertinggi Negara,” menurut Hossein Karroubi, anak lelaki ahli reformis yang dipenjarak­an, menurut laman sesawang berita Kalameh yang rapat dengan keluarga terbabit.

“Keputusan ini akan dikemukaka­n kepada pemimpin tertinggi swupaya kes ini boleh diputuskan,” kata beliau, sambil menambah bahawa Ayatollah Ali Khamenei mempunyai masa 10 hari untuk menggunaka­n kuasa veto bagi keputusan tersebut.

Tiada pengesahan rasmi setakat ini, namun laporan muncul ketika pemimpin Iran berminat untuk menyatukan puak konservati­f dan reformis dalam menghadapi tekanan yang meningkat daripada Amerika Syarikat dan krisis ekonomi yang bertanmbah teruk.

Mousavi, 76, dan Karroubi, 80, calon reformis dalam pilihan raya kontrovers­i pada 2009 yang telah dimenangi Mahmoud Ahmadineja­d.

Mereka mendakwa pilihan raya itu sebagai satu penipuan, mencetuska­n bantahan besarbesar­an selama beberapa bulan, terutama di Tehran.

Ratusan ribu penduduk berkumpul di jalan raya dalam cabaran terbesar terhadap sistem sejak revolusi Islam pada 1979.

Kedua- dua mereka diletakkan dalam penahanan di rumah tanpa perbicaraa­n pada Februari 2011, di samping isteri berprofil tinggi Mousavi Zahra Rahnavard yang berusia 66 tahun.

H o s s e i n K a r r o ubi menyatakan majlis keselamata­n turut bersetuju untuk menarik balik sekatan terhadap anggota reformis Mohammad Khatami, yang merupakan presiden Iran dari 1997 hingga 2005.

Pihak media dilarang menunjukka­n wajah Khatami dan had tegas ditetapkan bagi pergerakan­nya.

Presiden Hassan Rouhani telah beberapa kali berjanji akan mendapatka­n pembebasan Mousavi dan Karroubi, satu bahagian utama bagi pilihan rayanya pada 2013 dan pemilihan semula pada tahun lepas, dengan nama mereka sering kali dilaungkan ketika rali beliau.

Namun meskipun Rouhani mempengeru­sikan Majlis Keselamata­n Tertinggi Negara yang terdiri dari pegawai kerajaan dan tentera dilantik presiden dan pemimpin tertinggi, tiada petunjuk perkembang­an pembebasan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia