Utusan Borneo (Sarawak)

Penanda aras meningkat lebih daripada 100 mata dalam tiga minggu

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka terus merosot minggu ini berikutan kekurangan pemangkin pasaran dan prospek dolar AS yang lebih kukuh, kata peniaga.

Beliau berkata, logam berharga itu dijangka menjejaki pergerakan pasaran niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York, yang diramal terjejas disebabkan pengukuhan dolar.

Pada Jumaat lepas, dolar AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima hari berdasarka­n prospek keluaran dalam negara kasar AS yang positif, menolak turun harga emas.

“Pengukuhan dolar menjadikan emas berasaskan dolar lebih mahal bagi pelabur asing dan emas AS menjadi kurang menarik,” kata peniaga tersebut.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2018, September 2018 dan Oktober 2018 masing- masing jatuh 14 mata kepada RM160.00 gram, RM160.70 dan RM160.90 manakala Ogos 2018 adalah 12 mata lebih rendah kepada RM160.50.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada empat lot bernilai RM64,650 berbanding tujuh lot bernilai RM113,270 manakala kepentinga­n terbuka kekal 34 kontrak seperti minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka berada dalam fasa penstabila­n dan diniagakan tidak berubah minggu ini, seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata para penganalis­is.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata indeks penanda aras Bursa Malaysia meningkat lebih daripada 100 mata dalam tiga minggu lepas, justeru pasaran dijangka menyaksika­n beberapa pembetulan terlebih belian.

“Dengan harga minyak menyusut, kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China yang berlarutan serta jualan asing berterusan walaupun semakin mereda terutamany­a dalam saham utiliti, sentimen serantau dijangka kekal lemah.

“Oleh itu kami menjangkak­an ekuiti tempatan berada dalam fasa penstabila­n dan diniagakan tidak berubah minggu depan (minggu ini),” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Nazri berkata separuh kedua tahun biasanya adalah tempoh di mana pasaran tempatan akan menerima aliran masuk dana asing yang tinggi dan beliau yakin dengan prospek tersebut.

Ketua Penyelidik­an Rakuten Trade, Kenny Yee berkata aliran meningkat dalam bursa tempatan barubaru ini dikuasai oleh pembeli tempatan.

Pasaran dijangka kekal lengang apabila para pelabur kini memantau keputusan korporat di AS dan juga di Malaysia bagi mencari hala tuju pasaran, katanya.

“Jadi kami tidak menjangkak­an sebarang belian kukuh di bursa tempatan dalam keadaan jualan asing yang berterusan dan mengunjurk­an FBM KLCI berada dalam jajaran antara paras 1750 dan 1770 pada minggu depan (minggu ini),” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi lima hari berturut-turut seiring dengan bursa serantau lain ketika pasaran menunggu beberapa keputusan pendapatan korporat dan perkembang­an perang perdaganga­n antara AS-China serta AS-Eropah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 14.47 mata kepada 1,769.14 daripada 1,754.67.

Indeks FBM Emas meningkat 137.97 mata kepada 12,558.28 dan Indeks FBMT100 naik 127.98 mata kepada 12,337.06.

Indeks FBM 70 naik 261.57 mata kepada 15,494.81, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 181.82 mata kepada 12,691.33 dan FBM Ace menokok 55.87 mata kepada 5,459.14.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 126.90 mata kepada 17,453.25, Indeks Perladanga­n menokok 72.13 mata kepada 7,552.36 dan Indeks Perusahaan naik 70.75 mata kepada 3,284.91.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 15.59 bilion unit bernilai RM12.33 bilion daripada 13.39 bilion unit bernilai RM11.86 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 10.36 bilion saham bernilai RM10.77 bilion daripada 8.22 bilion saham bernilai RM10.33 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 2.90 bilion unit bernilai RM871.01 juta daripada 3.00 bilion unit bernilai RM873 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.33 bilion saham bernilai RM692.01 juta daripada 2.15 bilion saham bernilai RM651.19 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia