Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniaga tidak berubah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit mungkin diniagakan tidak berubah berbanding dolar AS minggu ini berikutan pertumbuha­n ekonomi AS yang lebih kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur oleh Rizab Persekutua­n.

Seorang penganalis­is memberitah­u Bernama yang pertumbuha­n ekonomi AS meningkat pada suku kedua pada kadar terpantas sejak 2014, yang akan merangsang pembelian dolar AS.

Dilaporkan bahawa keluaran dalam negara kasar AS naik kepada 4.1 peratus, diterajui oleh kenaikan penggunaan peribadi daripada suku pertama serta lonjakan eksport.

“Angka ini sudah dijangka. Bagaimanap­un, tiada apa yang perlu dibimbangk­an kerana harga komoditi pada masa ini lebih tinggi, akan memberi sokongan kepada ringgit,” kata penganalis­is berkenaan.

Ditanya sama ada peletakan jawatan lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd akan memberi kesan kepada mata wang itu, beliau menjawab, ia tidak akan berlaku.

Sementara itu, Ketua Strategi Mata Wang & Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, kecuali ada jualan besar- besaran dolar AS, ringgit akan kekal di bawah 4.05 berbanding dolar minggu ini.

“Terdapat keluaran data ekonomi yang penting dari Malaysia minggu ini, termasuk indeks pengurus pem- belian pembuatan dan laporan imbangan perdaganga­n.

“Kedua-dua indikator ini dilihat sebagai memberi penilaian kritikal mengenai prestasi ekonomi Malaysia dan saya menjangka pelabur akan memantau sama ada perang perdaganga­n global yang berterusan mungkin memberi impak kepada permintaan ke atas barang-barang Malaysia,” katanya.

Menurutnya, laporan ekonomi tidak mungkin mempunyai kesan yang bermakna kepada ringgit melainkan terdapat kejutan besar daripada data itu.

Jameel mengekalka­n pandangann­ya bahawa ringgit akan kekal di bawah 4.05 dan boleh merosot menurun lagi sehingga 4.10 dalam minggu yang akan datang.

Pada asasJumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu berada pada 4.0600/0650 berbanding dolar AS berbanding 4.0600 0630 yang dicatat pada Jumaat sebelumnya.

Ringgit keseluruha­nnya lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding pound kepada 5.3117/ 3199 daripada 5.2861 2904 tetapi naik berbanding euro kepada 4.7193/7264 daripada 4.7315/7366.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9763/ 9806 daripada 2.9687/ 9718 dan jatuh berbanding yen kepada 3.6508/6562 berbanding 3.6108/6138. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia