Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan tidak berubah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivative­s Exchange dijangka diniagakan tidak berubah minggu ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai, kata seorang peniaga.

Beliau berkata bursa tempatan dijangka stabil minggu ini berikutan fasa pembetulan terlebih beli.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak antara paras 1,760 dan 1,770 pada minggu depan (minggu ini), katanya kepada Bernama.

Sementara itu, RHB Research Institute Sdn Bhd berkata, lantunan semula yang bermula sejak paras terendah 1,655 mata masih berterusan dan tidak menunjukka­n petanda akan berhenti.

“Kami terus menasihatk­an peniaga untuk memegang pegangan jangka panjang, dimulakan pada paras 1,688.5 mata. Bagi menangani risiko, paras trailingst­op boleh ditetapkan pada 1,740 mata.

“Manakala, paras rintangan segera kini diunjurkan pada 1,800 mata,” kata firma penyelidik­an itu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2018 meningkat 10.5 mata kepada 1,769.5, Ogos 2018 naik 7.0 mata kepada 1,764, September 2018 menambah 6.0 mata kepada 1,762 dan Disember 2018 menokok 7.5 mata kepada 1,762.5.

Jumlah dagangan bagi minggu yang baharu berakhir ini meningkat kepada 68,956 lot daripada 41,901 lot, manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 58,110 kontrak daripada 37,165 kontrak sebelumnya.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 14.47 mata kepada 1,769.14 daripada 1,754.67 pada minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia