Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah didagang secara berhati-hati

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia mungkin kekal berhati-hati minggu ini, menjejaki pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah global, kata peniaga.

Beliau berkata, harga minyak terus meningkat sejak Arab Saudi menggantun­g penghantar­an minyak mentah melalui laluan perkapalan Laut Merah yang strategik selepas serangan terhadap dua kapal tangki minyak besar pada pagi Rabu.

“Harga juga akan bergerak seiring dengan harga komoditi lain, serta pasaran niaga hadapan serantau seperti Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Hadapan Shanghai,” katanya.

Sementara itu, peserta pasaran bertindak balas dengan positif mengenai berita rancangan Thailand untuk menebang pokok getah.

Pihak Berkuasa Getah Thailand dilaporkan berkata, mere- ka merancang untuk mengurangk­an keluasan ladang getah sebanyak 32,000 hektar setahun untuk lima tahun, berjumlah 160,000 hektar mulai September ini untuk mengurangk­an penawaran dalam usaha merangsang pasaran.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah keseluruha­nnya lebih tinggi, mengambil petunjuk daripada prestasi becampur- campur pasaran serantau serta pergerakan harga minyak mentah global.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 turun enam sen kepada 529.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik satu sen kepada 417.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang untuk SMR 20 jatuh tiga sen kepada 534.0 sen sekilogram dan lateks pukal susut 4.5 sen kepada 411.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia