Utusan Borneo (Sarawak)

MSM akan saksi dagangan dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n dagangan dalam jajaran kecil minggu ini walaupun komoditi lain mengalami aliran menurun.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group, Jim Teh berkata, pembeli asing akan mengambil kesempatan untuk membeli lebih banyak stok ketika ringgit merosot berbanding dolar AS.

“Kami menjangka harga fizikal akan bergerak antara RM2,100 dan RM2,210 satu tan metrik, sementara permintaan dijangka diperoleh dari China, Pakistan dan India,” katanya kepada Bernama.

Teh juga berkata, peniaga tidak gusar mengenai harga buat masa ini dengan inventori di Malaysia dan Indonesia agak tinggi.

Syarikat pemeriksaa­n bebas, AmSpec Agri Malaysia pada Rabu melaporkan bahawa eksport produk minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 25 Julai meningkat lima peratus kepada 902,979 tan metrik berbanding 860,217 tan metrik antara 1 hingga 25 Jun.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2018 jatuh RM57 kepada RM2,122 satu tan metrik, September 2018 susut RM31 kepada RM2,164 satu tan metrik, Oktober 2018 turun RM8 kepada RM2,186 dan November 2018 rugi RM13 kepada RM2,213 bagi setiap tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 92,022 lot daripada 178,657 lot minggu lalu, manakala kepentinga­n terbuka berada pada 296,897 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan adalah RM10 lebih rendah kepada RM2,190 satu tan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia