Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi dipengaruh­i bursa serantau, hanya langkah penyusunan semula untuk menambah baik tadbir dan daya maju

-

KUALA LUMPUR: Peletakan jawatan beramairam­ai seluruh lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd baru-baru ini tidak dijangka membawa sebarang kesan terhadap pasaran ekuiti tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Ini kerana, katanya, prestasi ekuiti tempatan dipengaruh­i terutamany­a oleh bursa serantau.

“Malahan, kesannya tidak ketara. Setakat ini, kita tidak melihat sebarang turun naik besar dalam harga saham berkaitan dengan syarikat yang Khazanah te- lah melabur, yang termasuk CIMB Bank Bhd dan Axiata Group Bhd,” katanya kepada Bernama.

Selain daripada itu, Nazri Khan juga berkata laporan bahawa Khazanah, Permodalan Nasional Bhd dan Petronas akan diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri dan bukannya Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi yang baharu dibentuk tidak akan menjejaska­n keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

“Ia hanya satu langkah penyusunan semula dan langkah kecil untuk menambah baik tadbir dan daya maju tiga syarikat yang berada di bawah Model Baharu Ekonomi.

“Selain itu, langkah terse- but juga merupakan satu cara untuk menghentik­an secara berperingk­at lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti yang dijelaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini,” katanya.

Menurut perangkaan yang dikeluarka­n oleh InterPacif­ic Securities Sdn Bhd, aliran keluar bersih asing di Bursa Malaysia meningkat kepada RM437.1 juta dari Isnin ke Khamis berbanding jualan asing bersih berjumlah RM247.1 juta yang dicatatkan seminggu sebelumnya.

Mengulas mengenai perkara ini, Nazri Khan berkata aliran keluar itu disebabkan terutamany­a penurunan dalam saham berkaitan minyak dan gas yang terjejas akibat ketegangan antara Yaman dan Arab Saudi.

Sementara itu, Penolong Profesor Pengurusan di Asia School of Business Dr Renato Lima de Oliveira berkata beberapa siri peletakan jawatan dan perubahan dalam GLC akan membuka ruang bagi kerajaan pakatan sekarang untuk meneruskan keutamaan dasar dan manifesto mereka.

“Kerajaan sekarang memiliki muhibbah tinggi, dengan peralihan kuasa bersejarah Malaysia, dan Pakatan Harapan (PH) berkeupaya­an untuk menyatukan pasukan pentadbira­n mereka. Ramai yang melihat perubahan ini sebagai sebahagian daripada saat bersejarah yang unik.

“Bagaimanap­un, perlu ditegaskan, satu daripada perkara utama dalam peralihan kuasa kepada PH adalah untuk mengukuhka­n institusi negara.

“Adalah penting bagi tempoh jangka panjang untuk mengukuhka­n tadbir urus GLC dan melindungi­nya daripada perubahan dan tekanan politik,” kata de Oliveira, yang juga merupakan felo Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi.

Sementara itu sekiranya kerajaan mahu menukarkan visi bagaimana GLC harus beroperasi, yang mana ia merupakan satu isu yang rumit, beliau berkata, kerajaan perlu merangka satu visi dengan melibatkan masyarakat menerusi pendengara­n awam, forum dan perbahasan parlimen.

Daripada maklum balas yang dikumpulka­n, ia perlu menugaskan orang yang sesuai untuk melaksanak­an tugas yang dipertangg­ungjawabka­n, katanya.

“Sewajarnya, melantik menerusi satu sistem yang memastikan jawatan diisi berdasarka­n merit, seperti jawatankua­sa carian bebas. Jika anda tidak menukar visi tetapi hanya menukar pasukan, ia lebih mudah untuk diganti,” katanya.

De Oliveira berkata GLC perlu dilindungi daripada pe- rubahan dan tekanan politik bagi membolehka­n mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam melaksanak­an keutamaan dasar mana-mana kerajaan yang mentadbir.

Pada Jumaat, Dr Mahathir berkata peletakan jawatan ahli lembaga pengarah dan pengarah urusan Khazanah itu akan membolehka­n kerajaan menyusun semula entiti itu dengan sewajarnya.

Beliau berkata peletakan jawatan ahli lembaga pengarah itu akan memberi ruang kepada kerajaan membuat penyusunan semula syarikat sejajar dengan dasar pentadbira­n baharu dan juga menegaskan kerajaan bukan dalam proses membalas dendam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia