Utusan Borneo (Sarawak)

Sharon Lee menang Isuzu D-Max Z-Prestige dalam Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang BESAR

-

KUCHING: Sharon Lee Mei Yee amat gembira apabila memenangi hadiah utama berupa Isuzu D- Max Z- Prestige hasil menyertai Peraduan MAGGI ® Jom Masak & Menang BESAR pada hari kelahirann­ya semalam.

Sahron, 31, dan berasal dari Kuching merupakan anak bongsu daripada dua beradik menyertai peraduan tersebut hasil dorongan abangnya.

“Saya berasa sangat gementar selepas dihubungi pihak Maggi dan disuruh datang hari ini ( semalam), tambah gementar lagi semasa menyertai pertanding­an yang dianjurkan oleh pihak Maggi di sini.

“Saya memang tidak menyangka dapat menang hadiah utama dan kami sekeluarga akan gunakan ia untuk keluarga lagipun ini merupakan kereta pertama saya,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Emart, Batu Kawa semalam.

Tempat kedua, Ng Eng Lam, 66, dan Ang Yew Siew, 72, masing- masing membawa pulang perkakasan elektrik bernilai RM5,000 dan RM3,000.

Menurut pihak Maggi peraduan tersebut telah menandingi rekod terdahulu dengan tambahan 20 peratus penyertaan yakni 260,145 bagi tahun ini berbanding 220,000 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 117,184 penyertaan adalah dari Sarawak dan 127, l199 dari Sabah.

‘ Peraduan MAGGI ® Jom Masak & Menang BESAR ‘ akan diadakan pada 4 Ogos ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, Datuk Ik Pahon Joyik.

Peraduan tersebut dijalankan bermula 1 sehingga 30 Jun lepas bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak dalam usaha pihaknya memberi balik kepada komuniti.

Sebelum itu, Ik Pahon berkata produk keluaran Maggi digunakan hampir semua isi rumah di negara ini.

Beliau gembira dengan setiap aktiviti dan program menerusi tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) yang dijalankan Maggi untuk komuniti.

“Saya ingin mempelawa pihak Maggi untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dalam menjalanka­n kajian bersama untuk pengusaha kecil dan sederhana ( PKS) yang dijalankan di bawah Industri Asas Tani Usahawan di sini.

“Pada masa sama, pihak Maggi juga boleh terlibat sama dengan Pesta Nukenen di Bario oleh masyarakat Kelabit yang diadakan pada bulan Julai.

“Terdapat banyak kepelbagai­an dalam hidangan makanan eksotik mereka termasuk kebudayaan suku kaum masyarakat itu,” katanya.

Turut hadir ialah Pengurus Cawangan Nestle ( Malaysia) Berhad Sarawak Dave Bawa serta isteri Ik Pahon, Datin Gloria Gembong. PILIH: Ang ( dua kanan) mengambil bahagian dalam cabaran Peraduan MAGGI ® Jom Masak & Menang BESAR.

 ??  ?? MENANG BESAR: Sharon gembira selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama Isuzu D-Max Prestige bagi Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang BESAR di Emart Batu Kawa, semalam.
MENANG BESAR: Sharon gembira selepas dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama Isuzu D-Max Prestige bagi Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang BESAR di Emart Batu Kawa, semalam.
 ??  ?? PAKAR: Cef Maggi, Cef Muluk (kanan) mengadakan demonstras­i masakan.
PAKAR: Cef Maggi, Cef Muluk (kanan) mengadakan demonstras­i masakan.
 ??  ?? TAHNIAH: Ng, Sharon dan Ang bergambar bersama tetamu kehormat Ik Pahon (lima kanan) ditemani Gloria dan Dave.
TAHNIAH: Ng, Sharon dan Ang bergambar bersama tetamu kehormat Ik Pahon (lima kanan) ditemani Gloria dan Dave.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia