Utusan Borneo (Sarawak)

Next Bike lancar model Ducati Scrambler 1100

-

KUALA LUMPUR: Next Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal Ducati di Malaysia kelmarin melancarka­n Ducati Scrambler 1100 di Annual Art of Speed yang ke-7 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata, model itu boleh didapati dalam dua varian untuk pasaran Malaysia, iaitu Ducati Scrambler 1100 Special dan Ducati Scrambler 1100 Sport.

Datuk Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporatio­n Holdings ( Kumpulan Automotif) berkata, Scrambler 1100 bertujuan memenuhi keperluan peminat motosikal yang inginkan keseronoka­n, gaya dan kebebasan yang menjadi tanda niaga utama Scrambler.

“Penjualan Global Scrambler melonjak me- lepasi paras 46,000 unit sejak kali pertama diperkenal pada 2015 dan kini ketibaan Ducati Scrambler 1100 di Malaysia melengkapk­an barisan Scrambler kami.

“Dengan beberapa titik sentuhan, pengaktifa­n dan penglibata­n pelanggan dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kami menjangkak­an untuk melihat lebih banyak pergerakan motosikal Scrambler untuk 2018,” katanya.

Ducati Scrambler 1100 dan Scrambler 1100 Sport masing-masing dijual pada harga RM83,000 dan RM85,000, di atas jalan tanpa insurans ( Cukai Barang dan Perkhidmat­an sifar peratus).

Pelanggan yang membuat tempahan pada acara Art Of Speed (28-29 Julai) sehingga Ducati Reddest Weekend (4-5 Ogos) akan menikmati pengecuali­an khas Cukai Jualan dan Perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia