Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n pinjaman CIMB antara 6 dan 7% pada tahun ini

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd meramalkan pertumbuha­n pinjamanny­a kekal antara enam dan tujuh peratus tahun ini, sejajar dengan unjuran pertumbuha­n industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, bagi Malaysia khususnya, sasaran bank itu berada di landasan yang betul.

“Berdasarka­n apa yang kita perhatikan sekarang dan jika pertumbuha­n ekonomi semasa berada seperti hari ini, CIMB sepatutnya dapat memenuhi sasaran,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama kedua pada Forum Ekonomi dan Kepemimpin­an 2018 di sini, baru-baru ini.

Tengku Zafrul juga berkata, pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September tidak akan memberi impak yang besar kepada pertumbuha­n pinjaman CIMB kerana penggunaan terus kukuh.

Mengenai beberapa inisiatif Sasaran 2018 (T18) kumpulan, yang memberi tumpuan kepada struktur kos bank yang betul dan mengukuhka­n budaya organisasi, beliau menyatakan keyakinan bahawa CIMB akan dapat memenuhi sasaran terbabit tahun ini.

“Kami melihat peningkata­n yang baik di Indonesia dan Thailand, manakala Malaysia dan Singapura terus kukuh.”

CIMB melancarka­n T18 bagi tempoh empat tahun pada Februari 2015. Sasarannya termasuk mencapai pulangan ke atas ekuiti lebih daripada 15 peratus dan penguranga­n dalam nisbah kos kepada pendapatan kepada kurang daripada 50 peratus.

“Sasaran terbabit akan dicapai jika semuanya tetap sama, tidak termasuk faktor seperti peningkata­n perang perdaganga­n AS-China serta kenaikan kadar faedah AS yang akan memberi kesan kepada rantau ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PILIH: Ang (dua kanan) mengambil bahagian dalam cabaran Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang BESAR.
PILIH: Ang (dua kanan) mengambil bahagian dalam cabaran Peraduan MAGGI® Jom Masak & Menang BESAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia