Utusan Borneo (Sarawak)

Raptai penuh Sambutan Hari Pahlawan berjalan lancar

-

PUTRAJAYA: Raptai penuh Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2018 anjuran Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) berjalan lancar di Dataran Pahlawan Negara di sini semalam, sebelum acara kemuncak pada Selasa.

Keseluruha­n komposisi perbarisan terdiri daripada 46 pegawai dan 823 anggota lainlain pangkat (LLP) gabungan daripada ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil bahagian dalam raptai pagi semalam.

Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V dijadualka­n menghadiri sambutan Istiadat Perbarisan tersebut, selain Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kenamaan lain termasuk pengurusan atasan pelbagai jabatan dan kementeria­n.

Kementeria­n Pertahanan menerusi kenyataan berkata sambutan Hari Pahlawan adalah antara usaha dan kepri- hatinan kerajaan menetapkan satu hari yang khas bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban dalam usaha mempertaha­nkan kedaulatan ibu pertiwi.

Ia disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperinga­ti perjuangan dan pengorbana­n anggota keselamata­n negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak 1968.

Persembaha­n pantomim ‘Operasi Iblis 1971’ dan deklamasi sajak ‘Demi Pertiwiku’ adalah antara acara yang dijangka menarik perhatian pengunjung pada sambutan kali ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMPERINGA­TI PERJUANGAN: Persembaha­n pantomim bertajuk ‘Operasi Iblis 1971’ giat dilakukan ketika raptai penuh Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MEMPERINGA­TI PERJUANGAN: Persembaha­n pantomim bertajuk ‘Operasi Iblis 1971’ giat dilakukan ketika raptai penuh Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia