Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli sekat pekerja ladang durian di Pos Tohoi

-

GUA MUSANG: Tiga puluh penduduk Orang Asli bertindak menghalang sekumpulan pekerja yang ingin masuk ke ladang durian Musang King di laluan masuk ke Pos Tohoi di sini, kelmarin, mengakibat­kan kekecohan yang berlarutan hampir enam jam.

Bagaimanap­un, kekecohan dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu disuraikan secara aman apabila kumpulan pekerja itu sanggup berundur dan berpatah balik ke pekan Gua Musang.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along berkata penduduk Orang Asli bertindak menghalang kumpulan pekerja ladang durian Musang King memasuki kawasan tersebut bagi mengelakka­n lebih banyak tanah adat masyarakat itu dimusnahka­n akibat aktiviti pertanian.

“Tanah untuk ladang durian Musang King itu baharu dibuka oleh sebuah syarikat di kawasan seluas 400 hektar dekat Pos Simpor tanpa ada rundingan dengan penduduk terlebih dahulu.

“Kami bukan sahaja bertindak menghalang aktiviti pembalakan di kawasan perkampung­an Orang Asli malah syarikat yang mengusahak­an pelbagai tanaman secara meluas kerana tindakan itu memusnahka­n tanah adat kami dan mengakibat­kan pencemaran sungai,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, ketua sekatan pembalakan Dendi Johari berkata masyarakat Orang Asli akan meneruskan sekatan di laluan Pos Tohoi, Bihai dan Pasik selagi kerajaan negeri tidak menyelesai­kan tuntutan tanah adat bagi masyarakat tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia