Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Ancasa Royale Pekan tawar restoran berkonsep luaran

-

PEKAN: Terletak di pinggiran Sungai Pahang, Hotel Ancasa Royale Pekan, milik Uda Holdings Bhd memanfaatk­an keindahan pemandanga­n semulajadi di kawasan berkenaan dengan menyediaka­n sebuah restoran berkonsep luaran.

Restoran kecil diberi nama Jeti ini mula dibuka kepada pelanggan sejak awal Julai dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada mereka yang mahukan kelainan suasana ketika makan bersama rakan dan keluarga.

Pengurus besarnya Baharin Baharudin berkata restoran ini berada di bahagian luar bangunan hotel, bersebelah­an dengan kolam renang dan menghadap Sungai Pahang.

Katanya Jeti adalah restoran berkonsep santai yang dibuka kepada orang ramai dan bukan hanya untuk pelanggan yang menginap di hotel ini.

“Cetusan idea restoran ini bermula selepas pihak kami menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan berkenaan tempat makan menarik dan menu tempatan yang unik di sekitar daerah ini. Hasil perbincang­an bersama pihak pengurusan akhirnya membawa kepada kewujudan restoran ini.

“Paling penting, harga yang ditawarkan sangat berpatutan dengan servis serta kualiti makanan dan minuman yang disediakan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui barubaru ini.

Setakat ini, Baharin berkata pihaknya menyediaka­n beberapa gerai yang menyediaka­n menu minum petang seperti ‘pisang goreng cheese’, nasi lemak, mi goreng, cucur udang, keropok lekor dan kek pelbagai perisa.

Katanya selain itu, pelanggan hotel yang membeli kek di restoran itu selepas 5 petang diberi diskaun 50 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia