Utusan Borneo (Sarawak)

Manifesto PH ditafsir berlainan sedikit daripada yang Sabah maklum

-

SEMPORNA: Kerajaan negeri akan membentuk satu badan yang memperhalu­si perkara tuntutan royalti minyak 20 peratus terhadap kerajaan pusat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata badan itu akan menghalusi dari aspek perbincang­an antara kerajaan negeri bersama pusat khususnya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerana kita sedar dalam Manifesto Pakatan Harapan terkandung perkara berkaitan royalti minyak bagi Sabah.

“Namun manifesto itu ditafsirka­n agak berlainan sedikit daripada yang kita (Sabah) maklum sebab itu kita akan bincang secara mendalam menggunaka­n pendekatan duduk semeja dengan pusat, bagaimana menghalusi pelaksanaa­n 20 peratus royalti minyak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia Peringkat Sabah di sini, semalam.

Mohd Shafie dalam pada itu berkata kerajaaan negeri akan memastikan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus itu menjadi kenyataan.

“Kita (Sabah) minta supaya diberikan 20 peratus berdasarka­n royalti. Sekiranya penambahan lima campur 15 (5+15) royalti itu berdasarka­n perkara lain, maka kita perlu memberi pandangan kita,” katanya lagi.

Terdahalu dalam ucapannya, Shafie berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pemimpin nombor satu negara Tun Mahathir bagi membincang­kan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah.

“Kita akan runding sebaik mungkin, supaya dapat royalti seperti yang dijanjikan itu,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan pusat tidak dapat menyegerak­an janji pelaksanaa­n pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri pengeluar kerana termaktub dalam Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 bahawa perkiraan royalti berdasarka­n keuntungan kasar dan bukan keuntungan bersih. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Mohd Shafie (kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Dwitahunan Ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPM) semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Mohd Shafie (kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Dwitahunan Ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPM) semalam.
 ??  ?? TINGKATKAN KEPAKARAN: Christina (tengah) merakam gambar kenangan dengan pihak penganjur selepas menyempurn­akan gimik perasmiaan Persidanga­n Farmasi Sabah kali ke-31, di Kota Kinabalu pada Sabtu.
TINGKATKAN KEPAKARAN: Christina (tengah) merakam gambar kenangan dengan pihak penganjur selepas menyempurn­akan gimik perasmiaan Persidanga­n Farmasi Sabah kali ke-31, di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia