Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran bidang farmasi jadi peluang ahli tingkat kepakaran

-

KOTA KINABALU: Cabaran dalam industri farmaseuti­kal bukanlah menjadi satu halangan, tetapi menjadi peluang kepada ahli farmasi berinovasi dalam perkhidmat­an dan meningkatk­an kepakaran masing-masing.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata, ahli farmasi perlu menghadapi setiap cabaran dengan menjadikan­nya sebagai peluang mencari solusi, sekali gus memikirkan cara meningkatk­an perkhidmat­an industri farmasi di negara ini.

“Kita perlu belajar untuk melihat peluang- peluang yang wujud dalam setiap cabaran supaya kita boleh mencapai kecemerlan­gan, sekali gus dapat mencipta perubahan yang lebih baik dari sebelum ini.

“Hal ini kerana, kita perlu melihat bagaimana cabaran itu dapat menimbulka­n kemajuan dan bukannya kekangan dalam meningkatk­an perkhidmat­an,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Farmasi Sabah ke-31, di sini pada Sabtu.

Selain itu Christina berkata, perkhidmat­an industri farmasi di Sabah juga masih perlu dipertingk­atkan, khususnya dalam menyalurka­n ubat- buatan ke kawasan luar bandar yang masih menjadi kebimbanga­n sehingga kini.

Katanya, proses untuk menyalurka­n ubat- ubatan ke kawasan pedalaman dilihat masih memerlukan banyak proses bagi memastikan ubat selamat sampai dalam keadaan baik untuk digunakan pesakit.

“Terdapat juga isu logistik kerana kebanyakan kawasan ini tidak mempunyai ruangan penyimpana­n dengan keadaan sesuai untuk mengekalka­n jangka hayat ubat. Jadi, kita perlu memastikan sistem inventori farmasi digunakan di semua klinik di Sabah.

“Meskipun begitu, masih ada klinik yang tidak mempunyai sistem ini disebabkan ketiadaan bekalan elektrik yang memberi kesan kepada proses penyimpana­n ubatubatan,” katanya.

Walau Bagaimanap­un, Christina berkata, cabaran yang dihadapi akan meningkatk­an penglibata­n lebih ramai penduduk luar bandar dalam industri farmasi melalui pendidikan penjagaan perubatan yang betul.

Katanya, ia juga secara tidak langsung meningkatk­an perkhidmat­an penjagaan kesihatan di kawasan pedala- man serta memperkasa­kan masyarakat setempat.

Selain itu, beliau berkata, antara cabaran lain yang juga menjadi kebimbanga­n adalah kesedaran mengenai ubat-ubatan palsu dan tidak berdaftar, yang masih dijual di pasaran dan kedai-kedai di seluruh negara.

Menurutnya, tindakan sewajarnya perlu diambil bagi menangani isu ini, terutamany­a mengenai bahaya menggunaka­n dadah yang tidak berdaftar.

“Dalam menangani masalah ini, adalah penting untuk memahami konteks mengapa masih ada permintaan untuk ubat-ubatan yang tidak berdaftar.

“Ini disebabkan masih ada generasi yang membesar dengan mendapat akses yang terhad untuk ke klinik mahupun hospital,” katanya.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa tempatan mempergiat­kan lagi usaha membendung penggunaan dan jualan ubat- ubatan yang tidK berdaftar.

Terdahulu, Christina merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur persidanga­n tahunan berkenaan memandangk­an penglibata­n ahli farmasi tahun ini cukup memberangs­angkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia