Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 14 Ogos depan

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir 6 petang semalam akan dilanjutka­n hingga 14 Ogos depan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan terbabit diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara jam 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

Menerusi kenyataann­ya di sini semalam, perintah yang meliputi perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatang­an dan Beluran itu dilanjutka­n bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong asing yang melawat pulau-pulau peranginan di sekitar.

Beliau berkata perintah berkurung itu juga bertujuan menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Ramli berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi meneruskan kegiatan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Katanya perintah berkurung dilaksanak­an bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah ESSZone untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia