Utusan Borneo (Sarawak)

Contohi PBT Pulau Pinang tambah hasil pendapatan

-

TENOM: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mencontohi pendekatan- pendekatan yang digunakan oleh PBT Pulau Pinang dalam usaha menambahka­n hasil pendapatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, usaha itu penting ke arah menjadikan setiap PBT di negeri ini mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada geran daripada kerajaan negeri dan pusat.

“Pulau Pinang mempunyai contoh terbaik dalam sistem perkadaran yang diamalkan, adalah tidak salah sekiranya cara mereka kita guna pakai di sini.

“PBT di negeri ini juga perlu memikirkan cara ter- baik bagi mendapatka­n semula cukai-cukai tertunggak yang dihadapi sejak bertahun lamanya,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Majlis Daerah Tenom (MDT), di sini pada malam Jumaat.

Beliau turut berharap bunga orkid dapat dikomersia­lkan di Tenom selain hanya menjadi perhiasan sahaja.

Katanya, bunga itu mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran selain warnawarni­nya dijadikan rawatan kepada minda manusia.

“Di sini saya juga melihat mempunyai keunikan khususnya penghasila­n Kopi Tenom, saya berharap industri ini dapat dipertingk­atkan lagi,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) berkata, produk kopi perlu diberikan nilai tambah.

Menurutnya, negara luar menggunaka­n produk itu sebagai bahan kosmetik seterusnya menjadikan kopi bukan sekadar minuman sahaja.

Taklimat yang diadakan pada 9.30 malam itu turut dihadiri Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar.

Terdahulu pada sebelah petang, Jaujan turut mengadakan lawatan ke Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Sipitang.

 ??  ?? TAMBAH PENDAPATAN: Jaujan (tengah), Ginun (dua kanan) dan Jamawi (tiga kanan) menghadiri sidang media.
TAMBAH PENDAPATAN: Jaujan (tengah), Ginun (dua kanan) dan Jamawi (tiga kanan) menghadiri sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia