Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan mansuhkan undang-undang halang rakyat bersuara

-

SANDAKAN: Kerajaan akan memansuhka­n undang-undang yang menyusahka­n kebebasan rakyat untuk bersuara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau ia se- jajar dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan yang memberikan rakyat kebebasan bersuara dalam Malaysia Baharu.

“Rakyat punyai hak untuk bersuara dan menegur kerajaan serta pemimpin tetapi tidak boleh membuat fitnah jika tiada bukti dan asas,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Perasmian Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi di sini, semalam.

Tanpa menyatakan akta tersebut, Liew yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata pemimpin dan kerajaan di bawah PH bersikap terbuka menerima teguran rakyat tanpa menyentuh soal peribadi pemimpin.

Dua akta yang telah dinyatakan oleh kerajaan akan dimansuhka­n adalah Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Liew menafikan dakwaan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak- Kanak di negara ini akan dihentikan yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Katanya ini satu lagi dakwaan berunsur fitnah kerana beliau selaku menteri yang bertanggun­gjawab portfolio berkaitan undang- undang, belum membuat perbahasan di parlimen.

Liew diminta mengulas dakwaan Azalina itu ketika membahaska­n titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Khamis lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia