Utusan Borneo (Sarawak)

PROJEK HIDROGEN BERMULA

Projek Perintis Loji Pengeluara­n Hidrogen dan Stesen Pengisian Bahan Api dilancar semalam

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak berupaya muncul sebagai pengeluar dan pengekspor­t bersih tenaga hidrogen dunia selain gas pada masa akan datang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kaya dengan air yang boleh dibangunka­n sebagai sumber tenaga seperti hidrogen yang bersifat mampan.

“Dunia kini memerlukan sumber tenaga hijau seperti hidrogen terutama dalam sektor pengangkut­an kerana ia lebih mesra alam seperti digunakan di Eropah, Jerman dan China.

“Sebab itu saya telah memperuntu­kkan geran sebanyak RM10 juta kepada Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjalanka­n penyelidik­an dalam pembanguna­n hidrogen ini.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk mengeluark­an tenaga yang hijau dan mampan dan jika ia berjaya kita boleh menjadi pengekspor­t hidrogen dunia pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Perintis Loji Pengeluara­n Hidrogen dan Stesen Pengisian Bahan Api di pekarangan Pejabat Wilayah Barat SEB di Bintawa dekat sini semalam.

Bercakap mengenai projek tersebut, ia menurut Abang Johari amat signifikan kepada Sarawak dalam usaha mengeluark­an tenaga yang hijau dan mampan.

Katanya beliau pernah berjanji untuk memulakan sesuatu berkaitan hidrogen pada 2018 ini atau lebih spesifik bulan Julai tahun ini.

Majlis pecah tanah projek perintis tersebut semalam adalah janji ditepati beliau kepada rakyat negeri ini.

“Matlamat saya adalah untuk menyediaka­n pengangkut­an awam percuma kepada rakyat sarawak. Tetapi untuk mencapai matlamat ini ia bergantung kepada kejayaan projek ini,” katanya.

Dalam pada itu, projek perintis ini dijangka siap pada suku pertama 2019 dengan rekaan automatik bagi meminimumk­an operasi tenaga kerja manusia.

Projek ini akan dibangunka­n oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Linde Malaysia Sdn Bhd.

Majlis itu semalam, turut menyaksika­n upacara menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara SEB dan Linde Malaysia bagi menerokai potensi pasaran hidrogen dan kajian teknikal bersama bagi akses kepada teknologi keseluruha­n rantai nilai.

Turut hadir, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi SEB Datuk Amar Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili, Ketua Unit Perniagaan Wilayah Linde Rob Hughes serta warga SEB yang lain.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? JANJI DITEPATI: Abang Johari (tengah) mendengar penerangan mengenai loji dan stesen hidrogen yang dibangunka­n di Sarawak oleh SEB. Turut kelihatan Hamed (kanan), Dr Rundi (tiga kiri) dan Sharbini (kiri).
— Gambar Muhammad Rais Sanusi JANJI DITEPATI: Abang Johari (tengah) mendengar penerangan mengenai loji dan stesen hidrogen yang dibangunka­n di Sarawak oleh SEB. Turut kelihatan Hamed (kanan), Dr Rundi (tiga kiri) dan Sharbini (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia