Utusan Borneo (Sarawak)

NELAYAN HILANG AKHIRNYA DITEMUI LEMAS

-

MIRI: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika ‘merawai’ di laut petang Selasa minggu lalu ditemui mati lemas oleh nelayan tempatan di perairan Siwak berhampira­n Kuala Bakam di sini, lewat petang kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Miri Komander Maritim Salehuddin Zakaria berkata, mangsa Ebrahim Yaman, 59, ditemui terapung kira-kira lapan batu nautika barat laut Kuala Bakam, kira-kira 23 batu nautika dari lokasi bot mangsa mula ditemui.

“Sebaik menerima maklumat daripada orang awam pada jam 6.15 petang, aset Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang melakukan rondaan pencarian telah diarahkan untuk ke lokasi yang dilaporkan.

“Kita tiba di lokasi kira-kira jam 7.15 malam dan mayat mangsa kemudianny­a dibawa pulang ke Jeti Marina Bay untuk diserahkan kepada pihak polis dan keluarga mangsa bagi urusan selanjutny­a,” katanya ketika ditemu bual pemberita di jeti tersebut malam kelmarin.

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama lima hari melibatkan APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu kemudianny­a ditamatkan susulan penemuan mayat mangsa.

“Jumlah kawasan pencarian selama lima hari ini lebih kurang 48 batu nautika melibatkan lebih kurang 40 pegawai dan anggota di darat dan lebih kurang 60 pegawai dan anggota di laut.

“APMM turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak khususnya komuniti maritim atas kerjasama yang diberikan sepanjang misi pencarian,” katanya. Sementara itu, nelayan yang menjumpai mayat tersebut tidak menyangka baju merah yang disangkaka­n jaket keselamata­n ruparupany­a sekujur tubuh yang terapung ketika beliau dalam perjalanan pulang selepas memancing.

Menurut nelayan tersebut yang namanya tidak mahu disiarkan, sebaik menemui mayat itu, dia terus memberhent­ikan bot untuk mengangkat mayat tersebut.

“Bagaimanap­un, saya bersama anak dan menantu pada ketika itu tidak dapat mengangkat mayat tersebut lalu bertindak menghubung­i rakan saya yang berada di darat.

“Rakan saya kemudianny­a membantu menghubung­i pihak maritim bagi memaklumka­n mengenai penemuan tersebut.

“Bot kami masih menunggu di lokasi dan mayat berkenaan diikat di tepi bot sementara menunggu bantuan sampai ke lokasi,” katanya.

Dalam pada itu, suasana di Rumah Mayat Hospital Miri bertukar sedih apabila ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa hadir selepas menerima berita mengenai penemuan mangsa.

Allahyarha­m Ebrahim selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Baluboh, Bakam di sini tengah malam kelmarin sejurus urusan di hospital selesai.

Ebrahim yang juga pesara Petronas dilaporkan hilang lewat petang Selasa lalu susulan penemuan botnya yang terdampar di Kuala Niah.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat mangsa tiba di Jeti Marina Bay sebelum diserah kepada pihak polis dan keluarga untuk urusan selanjutny­a.
DITEMUI: Mayat mangsa tiba di Jeti Marina Bay sebelum diserah kepada pihak polis dan keluarga untuk urusan selanjutny­a.
 ??  ?? EBRAHIM YAMAN
EBRAHIM YAMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia