Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa maut gegar Lombok

Sekurang-kurangnya 10 maut di pulau pelanconga­n terkenal Indonesia

-

JAKARTA: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 melanda pulau pelanconga­n terkenal Indonesia Lombok semalam, mengorbank­an sekurang- kurangnya 10 orang dan mencederak­an puluhan lagi, menurut pihak berkuasa.

Gegaran kuat yang menyebabka­n orang ramai lari bertempiar­an dalam keadaan panik dari rumah dan hotel pada waktu awal pagi, diikuti dengan dua gegaran kedua yang kuat dan lebih 60 gegaran susulan.

“Gempa bumi telah mengorbank­an sekurangku­rang 10 orang, kira-kira 40 orang tercedera dan ratusan rumah mengalami kerosakan,” menurut Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia.

“Kami menganggar­kan jumlah ini akan terus meningkat kerana kami masih belum selesai mengumpul data,” jelas Nugroho.

Seorang wanita Malaysia berusia 30 tahun antara mangsa maut, menurut beliau, sambil menambah mereka yang tercedera akibat terkena serpihan.

Gegaran dirasai kira-kira 100 kilometer jauhnya di pulau percutian sibuk Bali, walaupun terdapat tiada laporan mengenai kerosakan di sana.

Ketika pihak berkuasa bergegas memeriksa kerosakan bangunan dan infrastruk­tur, laluan perjalanan terkenal di Gunung Rinjani yang terpencil tertimbus tanah runtuh, menurut agensi bencana.

“Gempa bumi sangat kuat dan semua orang di dalam rumah saya panik, kami semua berlari ke luar,” menurut Zulkifli, penduduk di Lombok Utara, berhampira­n pusat gempa.

“Semua jiran tetangga saya turut berlari keluar dan bekalan elektrik terputus tibatiba,” tambahnya.

Pusat gempa bumi cetek dikesan 50 kilometer timur laut bandar utama Mataram, menurut United States Geological Survey, jauh dari kawasan pelanconga­n utama di selatan dan barat pulau tersebut.

Ia menyatakan dua gegaran susulan berukuran lebih magnitud 5.

“Penduduk di Lombok Timur dan Mataram merasai gempa bumi kuat selama 10 saat, penduduk panik dan berlari keluar dari rumah mereka,” kata Nugroho sebelum itu, sambil menambah penduduk berlari ke kawasan terbuka seperti padang bola sepak.

Tiada amaran tsunami dikeluarka­n, menurut agensi geofizik dan meteorolog­i di Indonesia.

Di hotel pulau percutian itu, pelancong berlari keluar semasa gempa bumi berlaku awal pagi.

Di Katamaran Hotel and Resort di pantai Senggigi, kirakira 30 tetamu berkumpul di lobi hotel kira-kira setengah jam sebelum kembali semula ke bilik mereka.

“Mereka kembali tenang dan balik semula ke bilik sebaik sahaja kami menjelaska­n gempa bumi tidak akan menyebabka­n tsunami, semua telah kembali seperti sedia kala sekarang,” kata penyambut tetamu Ni Nyoman Suwarnings­ih.

Indonesia, kepulauan dengan ribuan pulau, terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan panas aktiviti seismik.

Ia sering dilanda gempa bumi, kebanyakan­nya tidak berbahaya namun masih dalam keadaan berjaga-jaga terhadap gegaran yang mungkin menyebabka­n tsunami.

Pada 2004, tsunami berpunca daripada gempa bumi bawah laut sekuat 9.3 magnitud di luar pantai Sumatera, di barat Indonesia, mengorbank­an 220,000 orang di beberapa negara sekitar Lautan India, termasuk 168,000 di Indonesia.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGEDI: Gambar serahan Antara menunjukka­n seorang penduduk kampung menggeleda­h puing sebuah rumah yang ranap semasa pencarian bagi barang-barang milik pelancong Malaysia yang maut semasa gempa bumi melanda kampung Sembalun Selong di Lombok Timur, semalam.
— Gambar Reuters TRAGEDI: Gambar serahan Antara menunjukka­n seorang penduduk kampung menggeleda­h puing sebuah rumah yang ranap semasa pencarian bagi barang-barang milik pelancong Malaysia yang maut semasa gempa bumi melanda kampung Sembalun Selong di Lombok Timur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia